YB Syed Saddiq

Komen YB Syed Saddiq Tentang Top Glove Tak Jaga Kebajikan Pekerja Ini Sangat Tegas.

Hari ini 1,067 kes positif COVID-19 (Kluster Teratai) dilaporkan berpunca dari sebuah syarikat sahaja, iaitu Top Glove.

Syarikat ini memang mempunyai rekod yang bermasalah apabila melibatkan kebajikan pekerja.

Kalau pertengahan tahun ini, Top Glove telah didenda sehingga RM116 juta (U$D 40 juta) kerana gagal menjaga kebajikan pekerja, kes-kes buruh paksa, dipaksa bekerja lebih masa (“overtime”), gaji ditahan dan passport dirampas.

Top Glove sudah kena denda dan didapati bersalah.

Hari ini, mereka sekali lagi gagal kerana tidak melindungi kesihatan pekerja mereka. 1,067 pekerja positif COVID-19. Kes Kluster Teratai ini sudah wujud sejak 2 November tetapi kilang mereka tidak pun ditutup.

Sebab itu saya tidak ada rasa simpati kepada syarikat-syarikat besar.

Mereka kaut untung besar, abaikan kebajikan pekerja, mengamalkan buruh paksa. Apabila COVID-19 tular di Malaysia, mereka mengaut keuntungan supernormal sehingga mencecah siling harga pasaran (“market cap”) sebesar RM 77.59 bilion (sehingga 15 Oktober 2020).

Ini juga sebab saya minta mereka bayar cukai kerana keuntungan supernormal mereka iaitu Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax).

Ada yang tegur,

  • “YB, jangan ganggu syarikat ini. Nanti mereka keluar berniaga ke Thailand”. Jawab saya, cukai windfall ini hanya one-off sifatnya. Sektor perladangan dan IPP yang sudah bayar cukai windfall pun masih bertapak di Malaysia lagi.
  • “YB, mereka jaga kebajikan pekerja kita”. Jawab saya, tidak.
  • “Saddiq, mereka sudah bayar cukai korporat”. Jawab saya, itu waktu biasa. Hari ini mereka kaut keuntungan supernormal.

Saya percaya ini semua bukan satu alasan untuk syarikat-syarikat besar yang mengaut keuntungan besar (lebih-lebih lagi waktu COVID-19) tidak membayar cukai tambahan kerana mereka dapat untung luar biasa.

Prioriti saya tetap rakyat, bukan syarikat besar. Kalau “market cap” mereka cecah RM 77.59 bilion, mengapa Windfall Tax ini yang hanya kenakan sebanyak RM4.8 bilion ini tidak boleh dibuat?

Kalau tahun 1998 kita kenakan Windfall Tax kepada syarikat perladangan, tahun 2008 syarikat Independent Power Producer (IPP) pun kena bayar, mengapa tahun 2020 kita tidak boleh kenakan cukai ini kepada syarikat sarung tangan getah yang sudah jadi syarikat paling besar di Malaysia pada waktu COVID-19?

Saya tidak akan tunduk kepada syarikat besar. Mereka kaut untung di Malaysia, mereka wajib bantu negara lebih-lebih lagi pada waktu susah begini.

Saya tidak akan bela syarikat kaya. Mereka sudah rasa nikmat puluhan bilion ringgit keuntungan tetapi hanya derma RM400 juta kepada negara.

Bayar cukai durian runtuh ini pun hanya berjumlah sekitar RM4.8 bilion sahaja.

  • Yang Benar,
  • Syed Saddiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge