pengeluaran akaun 1 EPF Pencarum

Kerajaan Tidak Perlu Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP. Ini Sebab Dan Cadangan Yang Lebih Wajar.

Ya, betul, duit caruman KWSP adalah hak pencarum atau rakyat. Kerajaan tidak patut menolak cadangan kebenaran pengeluaran akaun 1 KWSP.

Sebelum itu, mungkin ramai yang masih belum tahu, caruman kita di KWSP disimpan di bawah dua akaun; Akaun 1 dan Akaun 2.

Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP

Asasnya, caruman di Akaun 1 KWSP akan kekal disimpan di situ sehingga umur pencarum 55 tahun, barulah dibenarkan untuk pengeluaran. Kecuali, pencarum memohon pengeluaran dari Akaun 1 untuk membuat pelaburan di syarikat saham amanah.

Kebenaran khas ini diberikan kepada mereka yang layak untuk mempelbagaikan portfolio persaraan pencarum dan meningkatkan simpanan persaraan melalui Skim Pelaburan Ahli. Namun, pendapatan/keuntungan yang diperolehi akan dicarum kembali ke Akaun 1 dan hanya dapat dinikmati selepas pencarum berusia 55 tahun.

Manakala, caruman di Akaun 2, pencarum dibenarkan membuat pengeluaran untuk beberapa perkara seperti;

  • membina rumah
  • pembelian rumah
  • pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
  • pengurangan baki pinjaman perumahan
  • mengerjakan ibadah haji
  • menampung perbelanjaan perubatan
  • meringankan beban kewangan ahli – iLestari

Tidak salah pun jika ada yang berpendapat kerajaan tidak perlu beri akses akaun 1 KWSP untuk membantu mereka yang sedang menghadapi tekanan kewangan.

pengeluaran akaun 1 EPF

1# Akaun KWSP adalah simpanan persaraan

Bagi pencarum yang lebih muda, mungkin ada yang belum memahami tentang simpanan persaraan. Hari ini, data KWSP menunjukkan 50% pencarum ada simpanan tidak sampai RM50,000 pada usia 54 tahun. Namun, lain orang, lain desakan hidup.

Sekiranya pencarum sudah tiada sumber pendapatan lain, mungkin simpanan persaraan ini boleh menjadi penyelamat kehidupan pada hari ini?

2# Wang yang dikeluarkan akan habis dalam tempoh masa singkat.

Jika setiap bulan perbelanjaan isi rumah memerlukan RM2,000 untuk kos makan minum, bil dan perbelanjaan anak-anak. Bermakna, dengan RM10,000 anda mampu bertahan untuk 5 bulan. Namun, adakah anda yakin dapat menguruskan RM10,000 tersebut dengan baik?

Wan Mohd Asyraf berpendapat, beliau lebih suka RM10,000 itu kekal dalam KWSP dan beliau akan berusaha dengan cara lain untuk meningkatkan kewangan beliau. Pengeluaran RM10,000 adalah jalan terakhir beliau, sekiranya dibenarkan.

Lebih ramai yang berpendapat, sejumlah wang RM10,000 ini akan habis dalam masa yang singkat. Lumrah manusia.

Jika ini berterusan, pasti akan wujud lebih ramai pesara yang mempunyai wang persaraan yang tidak mencukupi.

3# Pelaburan KWSP terjejas

KWSP mempunyai 7.6 juta pencarum yang aktif. (Dec 2019). Jika hanya 1 juta pencarum membuat keputusan untuk mengeluarkan RM5,000. KWSP akan kehilangan RM5 Billion of Capital. Jumlah ini adalah satu jumlah yang besar dan boleh membantutkan perancangan kewangan asal KWSP. Ini adalah kesan secara langsung kepada sosial ekonomi negara.

Cadangan Pengurangan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan

Dicadangkan agar kerajaan mengurangkan 1% perbelanjaan mengurus kerajaan (tahun lepas RM241 Billion). Rasanya ia tak sukar dilakukan. Setiap kementerian/agensi perlu kurangkan 1% sahaja bajet pengurusan. Wang RM2.41 Billion ini akan disalurkan kepada Program Subsidi Upah Pekerja di bawah skim PENJANA.

Kerajaan perlu peruntukkan RM1.2 Billion kepada syarikat besar dan RM1.2 Billion kepada PKS. Beri subsidi RM1,000 setiap bulan kepada seorang pekerja untuk tiga bulan. Jika ini dilaksanakan, 800,000 pekerja dapat diselamatkan dalam tempoh 3 bulan. Malindo juga tidak perlu buang 2,200 orang pekerja minggu ini.

Kenapa dicadangkan untuk 3 bulan?

Kami yakin vaksin dan tindakan berterusan mencegah penyebaran virus sekarang akan berikan impak baik. Sekiranya jumlah RM2.41 Billion ini tidak mencukupi, boleh gandakan. Kurangkan perbelanjaan mengurus sebanyak 2% untuk dapatkan bajet tersebut.

Pengurangan perbelanjaan mengurus adalah hanya langkah sementara.

Dalam suasana sekarang, rakyat dan kerajaan sama-sama ikat perut.

Sekiranya rakyat mengeluarkan simpanan Akaun 1 KWSP, ia pasti memberi impak untuk jangka masa panjang. Kesannya akan dirasai apabila kita tua nanti.

Apa-apa pun, ini hanyalah idea dan cadangan. InsyaAllah. Kita sama-sama berdoa dan berusaha agar kerajaan memikirkan jalan penyelesaian secara holistik gaak rakyat tidak terbebas kerana pandemik Covid-19 yang meranapkan punca rezeki dan kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge