
4.4 Juta Orang Pekerja Di Amerika Letak Jawatan Pada Oktober 2021. Bagaimana Pula Malaysia?
Menurut Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTS) seramai 4.4 juta orang pekerja Amerika Syarikat meletak jawatan dari pekerjaan asal mereka pada Oktober lalu. Angka itu mewakili 2.9 peratus semua sektor pekerjaan di AS sekali gus merekodkan kadar tertinggi jumlah individu berhenti kerja. Jumlah pekerja yang berhenti kerja tersebut merupakan tertinggi yang pernah dicatat di Amerika.
Perkara sebegini jarang berlalu. Namun, selepas pandemik melanda dunia, trend pekerjaan berubah. Terdapat pelbagai peluang pekerjaan baru sehingga memberikan variasi peluang pekerjaan kepada mereka untuk memilih. Mereka meletak jawatan untuk mencari sumber pendapatan atau pekerjaan yang lebih baik.
Biro Statistik Tenaga Kerja Amerika melaporkan, Amerika mempumyai kekosongan kerja sebanyak 10.4 juta pada September kerana krisis kekurangan tenaga kerja berlanjutan. Angka tersebut turun sedikit berbanding Ogos iaitu sebanyak 10.6 juta. Jumlah kekosongan kerja meningkat di sektor kesihatan dan pengurusan.
Menurut tinjauan oleh Persekutuan Nasional Perniagaan Bebas mengenai pasaran buruh AS, sebanyak 22 juta
Pekerja Ada Inisiatif Dan Pilihan Lain
Pekerja hari ini memiliki inisiatif dan pilihan. Jika mereka menerima ubah yang tidak setimpal, mereka mempunyai pilihan melakukan pekerjaan lain. Ini merupakan landskap ekonomi pasca pandemik yang semakin berkembang di pelusuk dunia. Mengikut pakar ekonomi budaya berhenti kerja ini akan menular keseluruhan dunia dalam masa yang singkat.
“Keputusan mereka yang berhenti bekerja sangat luar biasa. Trend ini banyak berlaku di sektor-sektor di mana sebahagian besar pekerjaan dilakukan secara langsung (field work) atau dengan gaji minimum yang rendah,” kata Pengarah Penelitian Ekonomi di Indeed Hiring Lab Nick Bunker.

Industri seni hiburan dan rekreasi mengalami peningkatan terbesar, diikuti oleh perkhidmatan lain (makanan, peruncitan) dan pendidikan. Industri memerlukan 6.5 juta orang, namun yang berhenti kerja secara sukarela mencapai 6.2 juta orang. Ini menandakan masalah kekurangan pekerja di Amerika semakin meningkat.
Sepanjang pandemik, jutaan pekerja telah berhenti dari pekerjaannya. Ada yang menjadikan alasan untuk bersama keluarga sebagai alasan mereka tidak kembali bekerja. Sementara bagi yang lain menganggap risiko penularan virus Covid-19 masih terlalu tinggi. Faktor-faktor ini seringkali dijadikan alasan oleh pekerja wanita.
Pada Oktober lalu, jumlah perempuan yang tidak bekerja hampir 3 juta orang lebih tinggi berbanding sebelum Covid. Namun, andainya mereka kembali bekerja, Amerika masih memerlukan tenaga kerja yang ramai. Hingga September, negara ini masih kekurangan 4.7 juta pekerja dibandingkan dengan Februari 2020, sebelum pandemik melanda.
Bolehkah fenomena berhenti kerja ini berlaku di Malaysia?
Pandemik telah mengubah cara dan budaya kerja. Pekerja sekarang lebih suka bekerja dari rumah daripada bekerja di pejabat 8 am – 6 pm.
Begitulah dunia terus berubah. Jika kita tak mahu berubah maka kehidupan akan bertambah susah dan terus mengeloh.
Masa untuk kerja digital tanpa sempadan. Ayuh kita
Geng Borak recently posted…MH370 ‘Trending’, Jurutera British Dakwa Temui Lokasi Sebenar Pesawat Terhempas
Sempadan Besut-Kelantan kawe jaga boh