Site icon Lima Minit

Bawa Isteri Mengandung Semasa Cabaran RM10K Isa Isarb Undang Padah.

youtuber isa isarb

Dua jam sebelum bermula ‘challenge’ RM10 Ribu, Isa iSarb ada mengumumkan tentang perkara ini di media sosial. Ekoran pengumuman ini, padang tempat cabaran ini berlangsung dipenuhi oleh mereka yang ingin turut serta merebut wang tunai sebanyak RM10,000.

Semalam juga, tular beberapa video memaparkan aksi permulaan cabaran itu yang menyaksikan peserta-peserta berlari ke padang.

Wanita Mengandung Jatuh & Dipijak Semasa ‘Challenge’ Isa Isarb

Semasa mereka bersesak memasuki padang, seorang wanita yang dikatakan mengandung terjatuh selepas terlanggar besi pintu dan turut dipijak oleh peserta lain. Wanita itu bernasib baik kerana suaminya yang berada di hadapan, berpatah balik dan menghalang peserta lain daripada terus melanggar dan memijaknya.

Baca Juga: Kenapa Youtube Isa Isarb Selalu Umpan Wang Tunai?

Suami wanita tersebut terus mengamuk dan menjerit mencari peserta yang memijak isterinya. Di situ jelas kelihatan betapa kasih dan sayangnya seorang suami kepada isteri. Namun, yang menjadi perhatian ramai, kenapa suami tersebut membawa isterinya yang sedang mengandung menyertai acara sebegitu?

@muhdajwad8 @isaisarbofficial santai isa #isaisarb ♬ original sound – Muhd Ajwad

Rata-rata penonton dan warganet menyalahkan suami kerana membawa isteri ke cabaran yang berisiko tinggi seperti itu. Isa iSarab juga kelihatan memohon maaf kepada suami isteri tersebut.

Biodata Isa Isarb

Fakta Menarik Isa Isarb

Exit mobile version