YouTuber Malaysia

Siapa Tahan Kencing Paling Lama, Isa Isarb Bagi Motor Berharga RM13,000!

Kami tertarik dengan video terbaru di saluran YouTube Isa Isarb yang baru sahaja release semalam. Hari ini, video “Challenge untuk riders food delivery!” yang dimuatnaik tidak sampai 24 jam sudah pun mencecah 444 Ribu tontonan. Luar biasa. Tidak hairan jika saluran YouTube Isa Isarb mampu menjana puluhan ribu ringgit setiap bulan!

Dalam video terbaru ini, Isa menjemput 7 orang Food Rider dari syarikat berbeza ie: Grab Food , Food Panda untuk join aktiviti game di rumahnya. Bukan sekadar main saja-saja, setiap game ini menawarkan hadiah yang lumayan.

Nak tahu apa hadiah yang ditawarkan?

Baca: Rahsia YouTuber Naikkan Views Dengan Headline

Shopping Like King

Pada awal tayangan video ini, Isa menunjukkan aktiviti ‘shopping like King‘ mereka mencari hadiah yang best-best kali ini. Apa yang mereka beli sebagai hadiah? Gadjet mewah yang mereka beli, seakan-akan kita rakyat biasa membeli gula-gula.

Apple Watch, PlayStation 4, iPhone 11 128Gb dan paling best,sebuah motor Yamaha YZF-R15!

Pergh!

Siapa Pegang Motor R15 Paling Lama, Dia Dapat Motor Ni

Game yang dimainkan ini bunyinya sangat mudah. Siapa pegang motor R15 paling lama, dia akan dapat bawa pulang motor tersebut.

Bunyi simple kan!

Tapi in between tu, setiap peserta akan diberi segelas air kosong, selang setiap 5 minit. Jadi, semakin panjang masa permainan, semakin banyak liter air yang mereka akan minum. Dan mereka tidak dibenarkan ke tandas sepanjang permainan ini!

Jadi antara nak membuang air kecil dan motor R15 berharga RM13 Ribu, mana satu yang mereka akan pilih?

Hadiah Gempak

Bukan satu game ini sahaja yang menyediakan hadiah gempak, sepanjang permainan tu, ada beberapa game kecil dengan hadiah best lain seperti PS4, iPhone 11 dan Apple Watch.

Serius best-best hadiah yang Isa Isarb bagi!

Tetapi, bukan itu yang kami ingin highlight kan di sini.

“Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” [Surah Al-Anfaal : 28]

Walaupun kami bukan sponsor untuk aktiviti di saluran YouTube Isa Isarb, namun apabila melihat wajah brader GrabFood dan FoodPanda yang ceria dan bahagia menerima hadiah masing-masing, sangat tidak ternilai.

Sedia maklum, kebanyakan yang memilih kerjaya sebagai Food Delivery Rider bukanlah tersangat mewah.

Mereka struggle untuk mencari sesuap nasi setiap hari. Berhujan, berpanas dan mempertaruhkan nyawa mereka di jalanan.

Anda fikir mereka ada lebihan duit untuk membeli gajet mewah sebegitu? Tidak.

Mereka meninggalkan kerjaya mereka demi menjadi sebahagian konten saluran Isa Isarb dan mereka mendapat sesuatu yang mungkin di luar kemampuan mereka.

Food Rider Dapat Motor Percuma

Bayangkan perasaan peserta yang menerima sebuah motor R15 tu? Tidak tersangka kot. Ibarat durian runtuh. Tambahan pula, motor dan food rider ibarat aur dan tebing. Siapa sangka dengan hanya berupaya menahan kencing paling lama, dapat membawa pulang sebuah motor R15!

Sangat bijak pilihan Isa Isarb untuk jadikan sebuah motor sebagai pilihan hadiah untuk peserta food rider ini.

Pada sesetengah orang, game sebegini ibarat konten sampah untuk saluran YouTube. Namun, jika difikirkan sejenak, secara tak langsung, aktiviti sebegini memberi sebuah kegembiraan yang tidak ternilai pada abang-abang Food Rider itu semua.

Dalam pada Isa memiliki kesenangan, Isa tidak lupa untuk menyumbang sesuatu kepada mereka yang memerlukan dengan jalan dan style-nya tersendiri.

Anda semua boleh saksikan sendiri di video tersebut.

Sekali lagi, salute Isa Isarb! #tabik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge