
Nasihat Emas Dari Ustaz Ahmad Dusuki Bagi Yang Sudah Mencapai Umur 40-an Ke Atas.
Mengikut pandangan ulamak, umur kehidupan manusia dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat ini mempunyai cabaran yang berbeza.
Peringatan selalu diberikan tentang umur atau usia supaya mereka menyedari saat yang dilalui dan tidak terleka menjalani kehidupan di dunia ini
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)
Ketika manusia dilahirkan di dunia dibahagikan umurnya kepada lima fasa. Sejak mula dilahirkan, manusia menghadapi 99 perangkap kematian, ada yang dapat menghadapinya sehingga akhir, ada yang tidak sempat lalu menemui kematian- Imam Ibnu al-Jauzirah.
Fasa pertama kehidupan manusia ketika melalui zaman kanak-kanak iaitu ketika bayi sehingga mereka mencapai usia 15 tahun. Fasa kedua ketika muda, iaitu berumur di antara 15 hingga 35 tahun.
Fasa ketiga, manusia dewasa bermula ketika 35 hingga 55 tahun, manakala fasa keempat, manusia menjadi tua berumur antara 55 hingga 70 tahun. Fasa kelima pula, berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka.
Apabila manusia mencapai usia 20 hingga 40 tahun, mereka melalui tempoh diberi kurniaan duniawi daripada Allah SWT. Namun, selepas mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa, “Yang telah Kamu berikan kepadaku dan ke atas kedua ibu-bapaku, ya Allah tolong kurniakan kepadaku satu amalan yang kamu reda dalam hidup ini.”
Pernah dengar frasa kata, Life Begins at 40 ? Umur 40 tahun ke atas berbeza dengan kehidupan sebelum usia itu. Kerana itu, ramai yang berpesan terutama ustaz atau alim ulamak, tetang fasa kehidupan 40 tahun dan seterusnya.
Nasihat Emas Daripada Ustaz Dusuki

Di bawah ini kami kongsikan nasihat emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yang sudah mencapai umur 40-an ke atas.
Nasihat 1:
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
Nasihat 2:
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
Nasihat 3:
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
Nasihat 4:
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
Nasihat 5:
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
Nasihat 6:
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
Nasihat 7:
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
Nasihat 8:
Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
Nasihat 9:
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
Nasihat 10:
Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله.
Nasihat 11:
Makanlah makanan Sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.
Sewajarnya pada usia 40 tahun ke atas, manusia tidak lagi sibuk mengejar urusan dunia atau berasa gembira dengan hal ehwal keduniaan semata-mata dan tenggelam dalam kelalaian diri.
Sebaliknya bersedialah untuk menghadapi kematian dan mengubah ketentuan.