PKPP Dilanjutkan

Perutusan Khas Perdana Menteri – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Perutusan ini ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia selepas hampir 3 bulan berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

WHO menganggarkan pandemik Covid-19 ini akan berlanjutan dalam tempoh masa yang lebih lama.

Selagi tiada penemuan vaksin yang betul-betul berkesan, tiada apa yang boleh dilakukan kecuali dengan mengikuti prosedur-prosedur (SOP) yang telah ditetapkan. Bagi mengatasi krisis ini, pelbagai pihak sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin yang terbaik.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.

Negara kita masih berusaha menghalang jangkitan dalam komuniti. Negara masih berisiko dengan penularan-penularan baru.

Mengambil status terkini penularan di peringkat global, majoriti negara di seluruh dunia sedang bertungkus lumus menghalang penularan wabak Covid-19.

Dalam perutusan khas ini, demi keselamatan dan kesihatan penduduk Malaysia, Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.

Namun, keadaan di Malaysia buat masa ini dalam keadaan terkawal. Bilangan kes harian terkini juga berada dalam bilangan satu digit.

Kerajaan Malaysia juga bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggandakan kadar kompaun atau denda (sehingga 3 kali ganda!) terhadap kesalahan pelanggaran SOP yang ditetapkan.

Tiada sesiapa dikecualikan daripada peraturan ini dan mana-mana individu yang melanggarnya akan dikenakan hukuman setimpal. – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pusat Hiburan Masih Belum Dibenarkan

Walaupun dalam tempoh PKPP ini banyak aktiviti penjanaan ekonomi sudah dibenarkan, tetapi pusat-pusat hiburan seperti kelab malam etc masih belum dibenarkan beroperasi. Kerana tempat sebegini masih sukar untuk mengamalkan norma baru.

Pelancong asing juga masih belum dibenarkan masuk ke dalam negara.

Terus biasakan diri dengan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan mengelak diri daripada berada di tempat-tempat yang sesak.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga sedang berunding dengan pihak pembekal pelitup muka untuk menurunkan harga. Jika rundingan ini berhasil, harga pelitup muka akan lebih berpatutan.

Terus bertahan gais!

#kitajagakita

One Reply to “Perutusan Khas Perdana Menteri – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge