youtuber isa isarb

Sebab YouTuber Isa Isarb Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian.

Selepas beberapa hari YouTuber Isa isarb menjadi topik bualan ramai setelah seorang wanita mengandung terjatuh ketika mahu menyertai cabaran yang dianjurkan oleh YouTuber Isa Isarb, muncul pula isu baru.

Isu lama pun tak sempat sejuk lagi.

Dalam beberapa video terkini YouTube Isa Isarb, dia mengatakan bahawa video itu telah ditaja oleh syarikat M88 di mana ia memang diketahui merupakan sebuah syarikat perjudian.

Sehubungan dengan itu, ramai netizen mempersoalkan tindakan YouTuber itu yang telah bersetuju menerima ‘sponsor’ daripada syarikat itu sekaligus telah mempromosikan kegiatan haram di sisi agama Islam itu kepada orang ramai.

Menerusi video itu, Isa Isarb mengatakan video itu telah ditaja oleh syarikat M88 dan ada netizen mendakwa bahawa ia syarikat perjudian. Secara tidak langsung, Isa Isarb telah mempromosikan syarikat perjudian kepada pengikutnya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya serta mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-Nya (keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.”-Surah al-Baqarah ayat 21

Sebab Isa Isarb Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian?

Pasti persoalan ini berlegar-legar di benak fikiran warganet semua. Tidak seperti kebanyakan YouTuber Muslim lain yang menjaga ‘sponsorship’ mereka, Isa isarb dilihat begitu berani bekerjasama dengan syarikat perjudian sebegini. Hanya Allah SWT dan saudara Isa sahaja yang ada jawapannya..

One Reply to “Sebab YouTuber Isa Isarb Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge