kenderaan dilarang di atas jalan raya

Tiga Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Di Atas Jalan Raya Malaysia

Trend menunggang skuter elektrik di atas jalan raya semakin diminati ramai. Walaupun penunggan dilengkapi dengan alat bantuan keselamatan seperti helmet, namun kenderaan jenis mikromobiliti sebegini masih tidak selamat untuk digunakan di atas jalan raya bersama jenis kenderaan lain.

Kementerian Pengangkutan sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan kenderaan mikromobiliti termasuk skuter elektrik dilarang sama sekali atas jalan raya.

Ia termasuk Moped,skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia dan alat bantuan pergerakan peribadi (PMA).

Larangan itu selaras pewartaan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021, yang berkuat kuasa 17 Dis tahun lalu;- Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Basikal Elektrik Dibenarkan Dengan Syarat.

Bagi basikal dengan bantuan kuasa elektrik (basikal elektrik), hanya yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514: Electric Bicycles (Electric Pedal Assisted Bicycles) Specification sahaja dibenarkan digunakan atas jalan raya dengan mematuhi peraturan sama seperti ditetapkan kepada penggunaan basikal.

Selain mematuhi spesifikasi MS2514, ciri-ciri utama basikal elektrik (bertujuan membezakan dengan moped) adalah tidak mempunyai pendikit (throttle) dan mempunyai pedal bagi kayuhan yang dipasang secara kekal di badan kenderaan.

Denda RM300 boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menggunakan kenderaan itu di atas jalan raya.

PDRM Ada Kuasa Ambil Tindakan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melanggar larangan itu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Orang ramai dinasihatkan mematuhi semua larangan dan peraturan jalan raya demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan pengguna jalan raya lain.

Semua pihak berkuasa yang berkenaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah diseru untuk bersama-sama mengawal selia penggunaan kenderaan mikromobiliti di dalam kawasan tadbir masing-masing.

Berkaitan hal ini, pihak berkuasa yang berkenaan boleh membangunkan infrastruktur jalan khusus yang menyokong penggunaan kenderaan mikromobiliti yang selamat (seperti laluan basikal) yang tidak bercampur dengan aliran trafik sedia ada.

PBT juga dinasihatkan untuk melaksanakan aktiviti advokasi dan kempen keselamatan penggunaan kenderaan mobiliti kepada masyarakat.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Mobiliti Mikro atau Micromobility?

Merujuk kepada perkongsian Careta.my , secara mudah ia merujuk kepada pengangkutan kecil. Dalam skop terkini, ia merujuk kepada penyelesaian pengangkutan untuk perjalanan jarak dekat biasanya dalam jarak terawal atau terakhir perjalanan.

Menurut satu kajian yang dibuat Pusat McKinsey untuk Mobiliti Masa Depan, sekitar 60 peratus perjalanan kereta di serata dunia hanya di bawah lapan kilometer dan ini boleh memberi faedah kepada penyelesaian yang melibatkan mobiliti mikro.

Di manakah ia digunakan? 

Bandar-bandar di dunia mengalami perubahan sangat pantas disebabkan perubahan demografik dan pertumbuhan penduduk. Setiap minggu hampir 1.3 juta orang berpindah ke bandar.

Menjelang tahun 2030, jumlah bandar mega dengan penduduk lebih 10 juta orang akan meningkat kepada 43 buah, bertambah 12 buah daripada sekarang.

Pada tahun 2040 pula, sekitar 65 peratus populasi akan tinggal di bandar. Dalam hal ini, menawarkan penyelesaian mobiliti bukan setakat mengeluarkan produk sahaja.

One Reply to “Tiga Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Di Atas Jalan Raya Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge