
Elon Musk Beli Twitter RM191 Billion Cash!
Elon Musk memeterai perjanjian untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion), sekali gus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platfrom media sosial itu.
Elon merupakan seorang Bilionair yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc,menyifatkan dirinya sebagai pendukung kebebasan berucap, mengkritik pendekatan Twitter.
Algoritma di Twitter Beri Keutamaan Kepada Ciapan Tertentu
Beliau turut berrkata bahawa algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses oleh orang ramai, selain menyelar peruntukan kuasa berlebihan terhadap syarikat yang melanggan perkhidmatan pengiklanan.
Transaksi pembelian Twitter itu diluluskan pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian dalam kalangan pemegang saham. Penganalisis menjangkakan bahawa tiada kekangan berhubung aspek kawal selia selepas ini.

Individu terkaya di dunia itu menawarkan untuk membayar AS$54.20 (RM229.48) sesaham secara tunai dengan jumlah keseluruhan sekitar AS$43 billion (RM191 bilion).
Perbincangan berhubung perjanjian jual beli itu dilakukan pada minggu lalu dan dilihat tidak menentu, namun prosesnya dipercepatkan selepas Musk ‘memikat’ pemegang saham menerusi butiran kewangan di sebalik penawarannya.
Musk berkata, jika tawaran beliau ditolak, dia perlu menjual semua sahamnya dalam Twitter.
Berdepan tekanan, Twitter mula mengadakan rundingan dengan Musk yang ingin membeli syarikat berkenaan pada kadar harga AS$54.20 (RM235.82) bagi setiap unit saham.
“Kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter adalah wadah digital yang menyaksikan perkara penting mengenai masa depan kemanusiaan sering diperdebatkan,” kata Musk dalam kenyataan.
Jika urusniaga ini gagal kerana saya tidak mempunyai keyakinan dalam pengurusan dan tidak yakin boleh memacu perubahan, saya perlu mempertimbangkan semula kedudukan sebagai pemegang saham (dalam Twitter),’’ lapor wartawan Bloomberg, Sonali Basak setelah mendapat komen daripada Musk.
Harga Saham Twitter Melonjak 5.7%
Saham Twitter melonjak 5.7 peratus semalam, menghampiri paras AS$51.70 (RM225). Perjanjian itu mewakili hampir 40 peratus premium harga dagangan ditutup, iaitu sehari selepas Musk mendedahkan butiran pembelian sembilan peratus pegangan Twitter.
Bagaimanapun, tawaran itu di bawah paras AS$70 (RM304.57) yang didagangkan Twitter pada tahun lalu.
Untuk makluman, Musk yang merupakan salah seorang pengguna Twitter dengan pengikut paling ramai itu baru-baru ini membeli 9.2 peratus saham gergasi media sosial itu sekali gus menjadikannya pemegang saham terbesar syarikat itu.
Bagaimanapun, selepas membuat beberapa cadangan kontroversi mengenai perubahan kepada syarikat termasuk menambah butang ‘edit’ pada siaran dan menjadikan ibu pejabat media sosial itu sebagai tempat perlindungan gelandangan, Musk mengumumkan dia tidak akan mengambil tempat yang ditawarkan dalam lembaga pengarah Twitter.
