cara jadi mangsa scam

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Duit Pengeluaran Khas KWSP Hilang Dari Akaun Bank Selepas Buat Tempahan Servis..

Ramai yang tidak menduga diri senang ditipu begitu sahaja. Walaupun kempen kesedaran tentang aktiviti ‘scammer’ atas talian giat dilaksanakan, masih ramai di antara kita yang masih tertipu. Mereka yang terlibat dengan aktiviti ‘scam’ juga sentiasa ‘update’ kaedah & strategi terbaru. Ini menjadi punca kegiatan ‘scam’ sebegini sukar dibanterasa sepenuhnya.

Kali ini kami kongsikan pengalaman seorang lelaki yang tidak menduga sama sekali dirinya ditipu selepas membuat tempahan perkhidmatan kemas rumah atas talian.

Kisah aku hilang duit dalam akaun selepas buat tempahan servis mengemas rumah.Tak sangka benda ini berlaku dengan sangat pantas. Dan macam tak sangka lah macam mana diorang boleh curi duit aku.

1. Mula-mula aku tertarik dengan iklan servis membersihkan rumah yang ditawarkan.

2. Aku pon menekan button whatsapp yang diberikan dalam iklan tersebut.

3. Dalam perbualan whatsapp aku diminta untuk melakukan tempahan melalui aplikasi yang mereka suruh download melalui link yang diberikan. Aplikasi itu bernama My Maid.

4. Aku isi segala maklumat dalam aplikasi tersebut untuk menempah servis yang mereka ada.

5. Kemudian masuk dekat bahagian bayaran. Hanya ada bayaran menggunakan FPX. Dan aku memilih untuk membayar menggunakan maybank2u.

6. Semasa aku hendak buat bayaran, setiap kali aku masukkan Username dan Password akan berlaku error. Sedangkan username dan password adalah yang betul.

7. Kerana banyak kali mencuba dan tidak berjaya, aku pon snaplah gambar transaksi yang tidak berjaya dan hantar semula kepada nombor tadi.

8. Nombor tadi melakukan semakan dan menunjukkan memang tempahan aku masih lagi belum selesai. Lalu mereka setuju untuk tempahan aku dibayar selepas servis.

9. Tamat perbualan aku tadi…………………………………….2 jam kemudian. Kejadian tak diingini semua orang berlaku. Tiba-tiba aku terima notifikasi transaksi yang bukan aku buat. Mulanya hanya 1 transaksi. Aku jadi bingung kerana aku tidak ada lakukan transaksi tersebut.

Aku terus menelefon Maybank Customer Service punya nombor. Semasa menunggu customer service angkat call. Dua lagi transaksi dilakukan. Dan habis semua simpanan yang ada dalam akaun aku sekelip mata.

Transaksi berlaku tanpa ada permintaan TAC daripada nombor telefon aku dan tiada permintaan kebenaran pemindahan wang masuk dalam telefon ku. Benda berlaku sekelip mata. 3 transaksi berlaku dalam masa yang sangat singkat telah menghabiskan segala duit yang ada dalam akaun aku………………………………………

Ini yang aku rasa taktik yang mereka guna:

1. Menggunakan iklan yang menarik perhatian orang untuk menggunakannya. Terutama servis-servis mengemas rumah.

2. Semasa proses pembayaran, layar Maybank yang digunakan berlainan dari layar biasa. Layar tersebut meletakkan Username dan Password dalam paparan yang sama.

3. Walaupun sudah letak username dan password yang betul, transaksi tetap gagal…………………………….Kalau korang baca cerita ini mungkin akan berasa salah aku kerana aku terpancing untuk menekan link aplikasi dan membuat bayaran didalam aplikasi berkenaan. Bermaksud aku sendiri yang mendedahkan maklumat aku.

Tetapi aku tidak sendiri tidak menyangka yang scammer menggunakan cara sebegini untuk mendapatkan maklumat kita. Jadi aku dedahkan cara ini supaya tak ada siapa yang kena.

Lagi pelik transaksi itu tidak menghantar kepada nombor telefon aku untuk permintaan TAC ataupun permintaan kebenaran pemindahan wang. Kebiasaannya transaksi kepada pihak ketiga sama ada perlu isi TAC ataupun perlukan kebenaran transaksi melalui telefon bimbitku. Barulah transaksi tersebut boleh dijalankan.

Sekarang ini aku kena tunggu hari isnin baru boleh teruskan proses aduan aku. Sementara ini, akaun Maybank aku telah dibekukan. Hanya transaksi masuk sahaja boleh. Transaksi keluar dan segala maklumat akaun aku tak boleh nak semak.

Aku memohon doa-doa kalian supaya proses aduan aku berjaya. Dan duit yang hilang ini dapat dikembalikan semula. Duit yang hilang jumlahnya agak besar bagi aku. Kerana ia termasuk wang KWSP dan juga komisen kerja yang aku baru terima.

Aku cuma boleh cakap, aku terpilih untuk melalui pengalaman discam sebegini rupa. Dan aku harap pendedahan yang aku buat ini dapat mengelakkan orang lain pula yang discam. Jom kita hentikan jenayah scam ini. Apa-apa pun, kalian doakan aku berjaya dapat semula duit yang hilang itu ya. Dan minta kalian hati-hati dan jangan jadi seperti aku. Sayangi duit anda.

Alihkan simpanan ke tempat yang lebih selamat.

Dekat sini saya sertakan video dari Maybank tentang malware scam ni.https://youtu.be/6BKxGrRmDK8……………………………………………………

Updated Pembetulan ‼️‼️

Maklumat berkaitan TAC ini saya sekadar menulis semula setelah membaca komen² yang diberikan. Tetapi saya juga tidak pasti macam mana scammer boleh dapat no TAC tanpa melalui saya.

Kenapa saya tidak dapat TAC semasa proses pemindahan dilakukan❓️❓️Kerana app yang saya telah install itu ada malware. Berkemungkinan telah memintas sms TAC tu kepada no fon mereka tanpa melalui persetujuan saya.

Scammer tidak boleh hack sistem bank, tetapi mereka hack melalui sistem pengguna seperti kita.

Minta semua kerap buat password update utk sistem perbankkan anda.

#scamitujenayah#scamitulicik

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge