tempat simpan duit raya anak

Guna Kaedah 80:20 Uruskan Duit Raya Anak.

Mendidik anak bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal dan mental, malahan tahap kewangaan ibu bapa juga perlu kuat. Pendidikan anak sejak awal sehingga ke peringkat tertinggi memerlukan perbelanjaan yang besar.

Ada kajian mengatakan, dalam 4 orang rakyat Malaysia, 3 daripada mereka tidak mempunyai simpanan minima sebanyak RM1000 untuk kecemasan.

Hasil kajian ini boleh dinafikan jika anak-anak diasuh sejak kecil tentang kepentingan menabung atau menyimpan. Asuhan ini boleh dimulakan dengan simpanan duit raya yang diterima sejak bayi lagi.

Sikit sikit lama lama jadi bukit.

Duit raya yang diterima oleh anak-anak, sebaiknya disimpan di tempat atau intrumen yang memberi pulangan lumayan. Bagi anak kecil yang masih belum mengenali nilai wang, ibu bapa boleh memasukkan kesemua jumlah duit raya yang diterima oleh anak.

Sebaliknya, apabila anak sudah mengenali nilai wang, gunakanlah kaedah 80:20. Yakni, 80% untuk simpanan, baki 20% bolehlah digunakan anak-anak untuk membeli apa yang mereka hajati. Contohnya, mainan baru atau kasut baru.

Cara Bijak Urus Duit Raya Anak

1# Simpan Di Tabung Haji

Cara ini menjadi pilihan utama ibu bapa. Sebaik sahaja selesai berhari raya, cepat-cepat ke pejabat Tabung Haji untuk menyimpan duit raya anak-anak. Kini, menyimpan di Tabung Haji lebih mudah kerana ibu bapa tidak perlu ke pejabat Tabung Haji untuk melakukan simpanan ke akaun anak-anak. Urusan ini boleh dilakukansecara atas talian.

Apabila jumlah minima RM1,300 untuk mendaftar Haji sudah dicapai, segeralah mendaftar giliran ibadat Haji untuk anak-anak. Lagi awal lagi bagus.

2# Simpan Di Akaun SSPN-i

Kerajaan mewujudkan kemudahan akaun SSPN-i untuk membantu anak-anak melakukan persiapan untuk perbelanjaan pendidikan di peringkat lebih tinggi.

Akaun ini boleh dibuka sejak anak-anak berusia 1 tahun. Ibu bapa boleh merancangan akaun SSPN-i dijadikan Tabung Pendidikan untuk anak-anak menyambung pengajian di peringkat universiti.

Jadi, ambillah peluang ini untuk menyimpan demi tabung pendidikan anak-anak. Purata dividen yang diberikan adalah sebanyak 4% setahun.

Untuk mendaftar akaun SSPN-i, boleh layari https://sspniplusonline.sspn-i.com

3# Simpan di ASB

ASB adalah satu akaun pelaburan dalam saham amanah dengan jaminan kerajaan. ASB diwujudkan untuk membantu Bumiputera lebih celik pelaburan, namun masih ramai yang tidak mengambil peluang ini untuk terlibat dalam dunia pelaburan.

Anak yang berusia 6 bulan ke atas sudah boleh mendaftar akaun ASB 3 Didik dengan pelaburan minima sebanyak RM10 @ 10 unit.

Jika sebelum ini, ibu bapa perlu ke cawangan ASB di bank-bank konvensional atau Pejabat Pos, kini urusan simpanan di akaun ASB dapat dilakuakn secara atas talian. Lebih mudah!

4# Simpan Dan Labur Di Instrumen Pelaburan Rendah Risiko – Saham Amanah

Menyimpan atau melabur di akaun Saham Amanah (Unit Trust) berpotensi memberi pulangan yang lumayan bagi tempoh masa yang panjang.

Dengan jumlah minima RM1000, ibu bapa boleh menjadikan simpanan di akaun saham amanah sebagai Tabung Pendidikan jangka masa panjang.

Terdapat 2 pulangan yang tidak dapat diperolehi daripada 3 simpanan di atas iaitu keuntungan dividen (distribution) dan kenaikan harga unit (capital gain).

Dari segi keuntungan pula dianggarkan pulangan sebanyak 10% – 15% dalam masa 5 – 10 tahun. Pendek kata, insyaAllah keuntungan yang lumayan bakal dikecapi apabila mula menyimpan duit raya di usia 1 tahun sehingga 18 tahun.

Pada ibu bapa yang ingin daftar pelaburan unit trust, boleh Whatsapp: https://UTrust.wasap.my

Boleh juga ketahui lebih lanjut tentang Rahsia Unit Trust dengan membaca e-book berikut:

Mula Menyimpan Hari Ini

Sebenarnya banyak lagi tempat simpanan duit raya yang boleh dijadikan tabung masa hadapan. Terpulang kepada objektif dan target masa masing-masing. Tak kisah mana-mana tempat, asalkan SIMPAN.

Oh ye..sebelum menyimpan, pastikan keluarga anda sudah mempunyai plan perlindungan diri. Plan perlindungan diri ini akan membantu anda sekiranya keluarga ditimpa musibah.

Pelan Perlindungan Diri

Setidaknya, ia dapat membantu anda membayar bil hospital yang mencecah ribuan ringgit menggunakan duit simpanan ini.

Anda boleh hubungi : https://hibahtakafl.wasap.my untuk bantu anda sediakan pelan perlindungan diri yang komprehensif 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge