Site icon Lima Minit

Bekerja Sendiri? Mencarumlah dengan PERKESO. Bukan Untuk Kepentingan Diri Sendiri, Juga Untuk Keluarga

skim perlindungan food rider

๐’๐ค๐ข๐ฆ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐’๐Š๐’๐๐’ (๐๐„๐‘๐Š๐„๐’๐Ž)

Bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS), 11 Kumpulan sasaran boleh menikmati Perlindungan Keselamatan Sosial dengan hanya ๐‘๐Œ๐Ÿ’๐Ÿ”.๐Ÿ”๐ŸŽ/๐’๐ž๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง pada tahun 2023 ini di bawah Belanjawan 2023 SPS Padanan.

Sekiranya anda bekerja sebagai penghantar makanan, sama ada bekerja dengan Grabfood, Foodpanda, Lalamove, Shopee Express, Lazada Express dan macam-macam lagi, walaupun kalian sebahagiannya penjawat awam, perlindungan PERKESO di bawah SKSPS ni boleh pakai.

Ingat, malang itu tidak berbau, kalau terlibat dengan kemalangan, perlindungan inilah yang menggantikan pendapatan harian semasa cuti sakit. Sekiranya hilang upaya kekal anda juga diberikan pampasan faedah hilang upaya kekal (TPD Total Permanent Disability)

Kalau kemalangan maut, anda telah meninggalkan saraan bulanan kepada ahli keluarga kita melalui Faedah Orang Tanggungan.

Jangan kedekut pada diri sendiri, kalau kenderaan itu kita sanggup insuranskan, diri anda juga perlu diutamakan melalui perlindungan SKSPS ini. Kenderaan total lost boleh beli kenderaan baru, jika anda yang terlibat kemalangan?

Kalau meninggal dunia boleh dikira selesai tanggungjawab anda di dunia, namum jika tetap masih bernyawa tetap terlantar dan lumpuh? Perlindungan ini yang akan membantu anda sebenarnya.

Anda boleh hadir ke pejabat PERKESO berhampiran untuk berdaftar.

Jika tidak berkelapangan untuk ke pejabat PERKESO, anda juga boleh daftar secara online di:

Http://matrix.perkeso.gov.my

Lindungilah diri kita dengan mendaftar dan mencarum, bukan untuk kita sahaja, ianya untuk keluarga tercinta kita.

Jika ada kemampuan lebih, mencarumlah untuk sekeping Kad Perubatan mengikut keperluan anda.

Baca Juga: Medical Card Yang Sesuai Dengan Bajet Anda

Exit mobile version