manfaat pekerja

Manfaat “Cuti Tanpa Rekod 5 Hari” Buat Pekerja Syarikat Swasta Mulai 2022

Adakah anda yang membaca artikel ini bekerja di sektor swasta? Atau pembaca di sini lebih ramai bekerja di sektor awam? Mungkin anda masih belum mengetahui salah satu manfaat Bajet 2022 yang diumukan hari itu sangat istimewa buat pekerja swasta. Rasanya ramai yang ingat pekerja di syarikat swasta tak dapat apa-apa. Betul tak?

Bajet 2022 yang dibentngkan oleh kerajaan baru-baru ini cukup penting untuk rakyat. Pasti ramai rakyat Malaysia yang ingin manfaat untuk mereka terutama inisiatif kepada pekerja awam dan pekerja swasta.

Antara inisiatif bantuan untuk pekerja awam dan pekerja swasta adalah seperti berikut;

Pekerja Awam

Bajet 2022 bagi keperluan bantuan kewangan penjawat awam;

  • Kadar keuntungan Skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam akan diturunkan daripada 4% kepada 2%
  • Skop perlindungan akan diperluas sehingga RM100,000 kepada 40,000 peminjam baharu LPPSA dengan penambahan tiga jenis perlindungan baharu merangkumi hilang upaya separa, sebahagian dan kekal, badal haji serta perbelanjaan pemulihan kecederaan disebabkan kemalangan.
  • Pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk manfaat 70,000 Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.
  • RM700 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah, dan sebanyak RM350 untuk 1 juta pesara kerajaan.
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan mendapat bayaran insentif sebanyak RM200
  • Peningkatan Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (atau PVR) sebanyak RM9.80 sen sejam daripada RM7.80 sen sejam untuk pegawai dan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota.
  • Meningkatkan Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada RM150 kepada RM200 sebulan. Sebagai tambahan, elaun ini juga dipanjangkan kepada pegawai kader di institusi penjara yang terlibat dalam tugas pengawasan banduan.

Bajet 2022 untuk pekerja awam bagi keperluan kesihatan;

  • Gantian cuti rehat (GCR) untuk pegawai awam dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.
  • Kerajaan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50 peratus atau 80 hari dengan mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak

Bajet 2022 untuk perkerja awam bagi keperluan pekerjaan;

  • Peluasan skop pengajaran Takmir di bawah JAKIM kepada agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan menambah 1,000 Guru Takmir.

Bajet 2022 untuk pekerja awam bagi keperluan perlindungan sosial;

  • Penambah baik liputan keselamatan sosial bagi 9 juta pekerja yang dilindungi oleh PERKESO dengan siling gaji yang diinsurans ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.
  • Cuti tanpa rekod maksimum 5 hari setahun dibenarkan, sebagai galakan kepada penjawat awam untuk turut serta menyumbang tenaga dalam khidmat masyarakat dengan pertubuhan yang diluluskan.

Baca Juga: 4.4 Juta Pekerja Amerika Letak Jawatan

Pekerja Swasta

Manfaat Bajet 2022 untuk pekerja swasta dari segi keperluan bantuan kewangan meliputi;

  • Cuti tanpa rekod maksimum 5 hari setahun dibenarkan, sebagai galakan kepada pekerja untuk turut serta menyumbang tenaga dalam khidmat masyarakat dengan pertubuhan yang diluluskan.

Bajet 2022 untuk pekerja swasta dari keperluan perlindungan sosial;

  • Menambah baik liputan keselamatan sosial bagi 9 juta pekerja yang dilindungi oleh PERKESO dengan siling gaji yang diinsurans ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.

Anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia untuk maklumat lanjut. Selain itu, anda juga boleh ikuti Facebook, Instagram dan Twitter.

One Reply to “Manfaat “Cuti Tanpa Rekod 5 Hari” Buat Pekerja Syarikat Swasta Mulai 2022”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge