skim perlindungan food rider

Bekerja Sendiri? Mencarumlah dengan PERKESO. Bukan Untuk Kepentingan Diri Sendiri, Juga Untuk Keluarga

𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐒𝐊𝐒𝐏𝐒 (𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐎)

Bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS), 11 Kumpulan sasaran boleh menikmati Perlindungan Keselamatan Sosial dengan hanya 𝐑𝐌𝟒𝟔.𝟔𝟎/𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 pada tahun 2023 ini di bawah Belanjawan 2023 SPS Padanan.

Sekiranya anda bekerja sebagai penghantar makanan, sama ada bekerja dengan Grabfood, Foodpanda, Lalamove, Shopee Express, Lazada Express dan macam-macam lagi, walaupun kalian sebahagiannya penjawat awam, perlindungan PERKESO di bawah SKSPS ni boleh pakai.

Ingat, malang itu tidak berbau, kalau terlibat dengan kemalangan, perlindungan inilah yang menggantikan pendapatan harian semasa cuti sakit. Sekiranya hilang upaya kekal anda juga diberikan pampasan faedah hilang upaya kekal (TPD Total Permanent Disability)

Kalau kemalangan maut, anda telah meninggalkan saraan bulanan kepada ahli keluarga kita melalui Faedah Orang Tanggungan.

Jangan kedekut pada diri sendiri, kalau kenderaan itu kita sanggup insuranskan, diri anda juga perlu diutamakan melalui perlindungan SKSPS ini. Kenderaan total lost boleh beli kenderaan baru, jika anda yang terlibat kemalangan?

Kalau meninggal dunia boleh dikira selesai tanggungjawab anda di dunia, namum jika tetap masih bernyawa tetap terlantar dan lumpuh? Perlindungan ini yang akan membantu anda sebenarnya.

Anda boleh hadir ke pejabat PERKESO berhampiran untuk berdaftar.

Jika tidak berkelapangan untuk ke pejabat PERKESO, anda juga boleh daftar secara online di:

Http://matrix.perkeso.gov.my

Lindungilah diri kita dengan mendaftar dan mencarum, bukan untuk kita sahaja, ianya untuk keluarga tercinta kita.

Jika ada kemampuan lebih, mencarumlah untuk sekeping Kad Perubatan mengikut keperluan anda.

Baca Juga: Medical Card Yang Sesuai Dengan Bajet Anda

One Reply to “Bekerja Sendiri? Mencarumlah dengan PERKESO. Bukan Untuk Kepentingan Diri Sendiri, Juga Untuk Keluarga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge