Site icon Lima Minit

Cara Daftar THiJARI Secara Online Di thijari.com.my

daftar THiJARI

Jika sebelum ini, pendeposit perlu beratur di pejabat Tabung Haji untuk menyimpan wang di dalam akaun Tabung Haji.

Kemudian, Tabung Haji bekerjasama dengan bank lain seperti Maybank untuk kemudahan mendeposit wang ke akaun Tabung Haji. Anda juga boleh membuat semakan baki terkini menggunakan kemudahan ini.

Seterusnya, pihak Tabung Haji memulakan sistem portal Tabung Haji Online yang dikenali sebagai THiJARI. Sistem ini turut membenarkan pendeposit membuat pindahan dari satu akaun Tabung Haji ke akaun yang lain tanpa caj.

Portal Atas Talian Tabung Haji – THiJARI ?

Sebelum ini, ianya dikenali sebagai MyTaHa. MyTaHA merupakan nama awal bagi portal TH Online ini. Selepas beberapa ketika, dijenamakan semula sebagai eTHiJARI.

Hari ini, sistem portal online Tabung Haji dijenamakan semula dengan panggilan THiJARI.

Syarat Pendaftaran THiJARI secara online.

  1. Kemaskini maklumat peribadi anda di mana-mana kaunter Tabung Haji terlebih dahulu
  2. Yang paling penting, pastikan anda sudah daftarkan nombor telefon bimbit anda
  3. Jika nombor telefon telah bertukar, sila kemaskini kepada yang terbaru
  4. Untuk kemaskini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji berhampiran anda.
  5. Anda perlu mendaftar nombor telefon anda untuk mendapatkan penghantaran nombor TAC
  6. Jangan lupa untuk membawa buku akaun simpanan Tabung Haji sekali dan kad pengenalan kerana terdapat proses pengesahan diri yang akan dilakukan melalui ibu jari.
  7. Anda mesti menghadirkan diri, tidak boleh wakil

Cara Daftar THiJARI Online

  1. Layari laman web rasmi https://www.thijari.com.my
  2. Pilih bahasa di bahagian atas, samada Bahasa Malaysia atau English
  3. Untuk panduan ini, kami gunakan Bahasa Melayu sahaja
  4. Di bahagian Pendaftaran Kali Pertama, masukkan Butiran Pelanggan yang dikehendaki
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan Anda
  6. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji anda
  7. Klik Seterusnya
  8. Jika anda menerima ralat [HOST00096]: No telefon anda tiada dalam rekod TH. Sila hadir di mana-mana kaunter TH berdekatan; sila baca syarat seperti yang kami kongsikan di atas.
  9. Jika tiada ralat, ini bermakna nombor IC dan nombor akaun TH anda adalah sepadan.
  10. Isikan nombor telefon sekali lagi untuk pengesahan.
  11. Sila buat semakan dan pengesahan untuk nombor IC, nombor akaun Tabung Haji dan nombor telefon bimbit dengan memasukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.
  12. Jika tidak terima TAC, sila hubungi penyedia komunikasi anda
  13. Seterusnya, isikan butiran-butiran yang dikehendaki seperti Kata Nama, Kata Laluan, Nama Pengguna dan juga Negeri Terkini.
  14. Semak semula butiran yang dimasukkan tadi
  15. Klik Terima Terma & Syarat
  16. Pendaftaran THiJARI anda kini sudah selesai
  17. Kini anda sudah boleh menggunakannya dengan login menggunakan username dan password. Jadi penting untuk ingat kedua maklumat tersebut!

Nota: Untuk sistem THiJARI terkini, anda tidak lagi memerlukan nombor pin eTHiJARI .

Cara Login ThiJARI

  1. Layari laman web rasmi https://www.thijari.com.my
  2. Pilih bahasa di bahagian atas, samada Bahasa Melayu atau English
  3. Untuk panduan ini, kami gunakan Bahasa Melayu sahaja
  4. Di bahagian ID Pengguna, masukkan ID Pengguna yang anda masukkan semasa proses pendaftaran tadi
  5. Masukkan Kata Laluan yang dipilih tadi
  6. Klik Log Masuk
  7. Kini, anda sudah berjaya login dan melihat baki amaun Tabung Haji

Apa Boleh Buat Dengan Sistem Online THiJARI ini?

1# Urusan Simpanan dan Pengeluaran

Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga). Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

2# Semakan pendaftaran haji

Pengguna boleh melakukan semakan status pendaftaran haji. Antara maklumat yang boleh diperolehi adalah seperti nombor daftar haji, tahun daftar haji dan tahun giliran haji.

3# Pendaftaran haji

Untuk pendeposit TH yang belum mendaftar haji, anda boleh berbuat demikian dengan melakukan pendaftaran haji melalui portal TH Online ini.

4# Pertanyaan baki akaun

Boleh menyemak baki semasa di dalam akaun simpanan TH. Caranya adalah dengan mendaftar masuk, pilih menu Deposit dan pilih ‘Pertanyaan Baki’. Anda akan diminta untuk memilih senarai akaun di dalam TH anda dan klik ‘Semak’.

5# Pindahan simpanan

Pindahan wang juga boleh dilakukan sama ada daripada akaun sendiri kepada akaun anak/jagaan, daripada akaun anak/jagaan kepada akaun sendiri dan daripada akaun sendiri kepada akaun pihak ketiga.

6# Membuat Rayuan Haji

Sebelum ini pendeposit Tabung Haji (TH) perlu ke cawangan TH untuk membuat rayuan. Kini, tidak perlu lagi membuat surat rayuan untuk mengerjakan haji sebaliknya boleh membuat rayuan menggunakan aplikasi THiJARI.

“Selain rayuan, aplikasi ini dibangunkan untuk membantu bakal haji menyemak pendaftaran haji, status rayuan, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai perkhidmatan lain dengan mudah,”-Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri

Semakin hari semakin meluas kegunaan portal online Tabung Haji THiJARI ini. Bagi yang sudah meningkat usia dan kurang mahir menggunakan sistem online Tabung Haji ini, generasi muda dan lebih mahir bolehlah tunjuk ajar mereka yang kurang mahir.

Kami pasti, portal online Tabung Haji ini akan memberi 1001 manfaat kerana segala urusan Tabung Haji boleh dilakukan menggunakan sistem ini.

Exit mobile version