
Tabung Haji Umum Dividen 2021 Sebanyak 3.10%
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2021 bermula pada 27 Februari 2022.
Semakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat melalui:
- Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
- THiJARI
- ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB
Cara Semak Dividen TH:
- Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my.
- Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
- Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
- Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
zakat dibayar. alhamdulillah, boleh lah masing-masing semak yaaa
Geng Borak recently posted…Mak dan Ayah Sudah Tiada? Ini Cara Untuk Kita Berbakti Kepada Mereka
Syukurlah.. setidak-tidak ada & lepas tolak zakat..