KADAR DIVIDEN KWSP TAHUN 2021
Antara pengumuman yang ditunggu oleh pencarum-pencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah kadar agihan keuntungan tahunan atau dividen tahunan. Pengumuman agihan pendapatan atau dividen KWSP untuk dua skim simpanan wang persaraan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah akan diumumkan selepas kiraan akhir keuntungan tahun sebelum.
KWSP hari ini, mengumumkan kadar dividen 6.10 % untuk Simpanan Konvensional dan 5.65 % untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2021.
Jumlah agihan terkumpul (shariah & konvensional) untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.
Menurut penganalisis, berdasarkan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di beberapa instrumen pelaburan dalam tempoh sembilan bulan awal pada tahun 2021, mereka menjangkakan KWSP akan mengumumkan dividen lebih menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga 6 peratus.
Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, KWSP berjaya mengekalkan kestabilan dan berdaya tahan untuk tahun 2021.
Beliau berkata, sebahagiannya adalah kerana KWSP mempunyai kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di peringkat global.
“Pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik menyebabkan 48 peratus ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.
Baca Juga: Duit KWSP Bukan Hak Mutlak Isteri
Dividen KWSP Tahun 2020 Dan Sebelum
Tahun | Peratus (Simpanan Shariah) | Peratus (Simpanan Konvensional) |
2020 | 4.90 | 5.20 |
2019 | 5.00 | 5.45 |
2018 | 5.90 | 6.15 |
2017 | 6.40 | 6.90 |
2016 | – | 5.70 |
2015 | – | 6.40 |
2014 | – | 6.75 |
2013 | – | 6.35 |
2012 | – | 6.15 |
2011 | – | 6.00 |
2010 | – | 5.80 |
2009 | – | 5.65 |
2008 | – | 4.50 |
2007 | – | 5.80 |
2006 | – | 5.15 |
2005 | – | 5.00 |
2004 | – | 4.75 |
2003 | – | 4.50 |
2002 | – | 4.25 |
2001 | – | 5.00 |
2000 | – | 6.00 |
1999 | – | 6.84 |
1997 – 1998 | – | 6.70 |
1996 | – | 7.70 |
1995 | – | 7.50 |
1988 – 1994 | – | 8.00 |
1983 – 1987 | – | 8.50 |
1980 – 1982 | – | 8.00 |
1979 | – | 7.25 |
1976 – 1978 | – | 7.00 |
1974 – 1975 | – | 6.60 |
1972 – 1973 | – | 5.85 |
1971 | – | 5.80 |
1968 – 1970 | – | 5.75 |
1965 – 1967 | – | 5.50 |
1964 | – | 5.25 |
1963 | – | 5.00 |
1960 – 1962 | – | 4.00 |
1952 – 1959 | – | 2.50 |
“KWSP berharap dividen ini dan prestasi berterusan KWSP akan membantu ia dalam memulakan proses membina semula simpanan persaraan ahlinya, ketika pemulihan ekonomi berlaku sepanjang tahun ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kebimbangan utama lanjutan daripada pengeluaran itu adalah kesannya ke atas kecukupan persaraan ahli.
Katanya, bagaimanapun, KWSP tetap mempunyai keupayaan dan ketangkasan untuk bertindak dengan impak yang minimum terhadap pasaran kewangan, walaupun terpaksa menghadapi cabaran mengurus kecairan akibat aliran keluar ini.
“Untuk 2021, KWSP sudah mengimbangi semula dan mengurus portfolio pelaburannya dengan membeli saham yang kukuh pada harga yang menarik, selain memanfaatkan pelaburan luar negara, yang menyumbang 56 peratus kepada pulangan keseluruhan.
“Setakat 31 Disember 2021, KWSP mencatatkan peningkatan enam peratus dalam jumlah pendapatan pelaburan kasar kepada RM67.06 bilion daripada RM63.45 bilion pada 2020, didorong oleh pemulihan pasaran ekuiti dan sebahagian besar kelas aset semasa pemulihan global,” katanya.
KWSP merupakan tabung dana persaraan yang bertanggungjawab ke atas kebajikan dan kewangan ahli ketika persaraan. Jadi, strategi KWSP mesti berhemat dengan penekanan yang lebih besar untuk memelihara modal dan memberikan pulangan lebih stabil dalam jangka panjang yang disokong oleh pengurusan risiko pelaburan yang komprehensif.
Ahli KWSP boleh membuat semakan penyata akaun yang telah dikreditkan dividen tahun 2021, menerusi sistem online i-Akaun di laman web KWSP www.kwsp.gov.my bermula Ahad, 6 Mac 2022.
Boleh melabur ni. Lama tak singgah jenguk Laila
abambam recently posted…Cara Mohon Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR