paru-paru-pesakit-tibi

Cara Rawat Tibi Secara Semula Jadi

Penyakit tuberkulosis atau tibi (TB) telah wujud di Malaysia sejak 1940-an lagi. Ketika itu, tibi menjadi antara penyakit berjangkit yang berpotensi memberi kesan serius terhadap kesihatan paru-paru seseorang. TB amat digeruni kerana rawatannya masih belum ditemui dan setiap pesakit yang dijangkiti kuman Mycobacterium tuberculosis iaitu agen penyebab tibi akan menemui ajal.

TB boleh merebak melalui udara, di mana bakteria itu tersebar ke udara apabila seseorang yang menghidap penyakit TB batuk, ketawa, menyanyi, atau bersin. Jika orang lain yang sihat menyedut udara ini, dia boleh mendapat jangkitan TB.

Untuk makluman pembaca, penyakit TB telah dikenal pasti sejak awal abad ke-18, tetapi masih menjadi ancaman terburuk bagi dunia walaupun vaksin dan rawatan yang berkesan telah wujud.

Antara punca kes tibi masih tinggi adalah kerana pertambahan kes HIV/AIDS dan rintangan antibiotik.

Salah Faham Tentang Penyakit Tibi

Antara salah faham itu adalah penyakit ini tidak boleh sembuh, tibi terjadi akibat maksiat dan gaya hidup tidak sihat, pesakit tibi perlu dijauhi dan pesakit tibi tidak boleh bekerja.

Menurut data 2017, 10 juta individu telah dijangkiti tibi dan menyebabkan 1.6 juta kematian, termasuk 0.3 juta dalam kalangan penghidap HIV yang bersamaan 3 kematian setiap satu jam!

Tanda-tanda Dijangkiti Tibi adalah :

  • Batuk kronik
  • Demam
  • Berkeringat pada waktu malam
  • Letih
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan
  • Kahak berupa lendir atau mengandungi darah
  • Sesak nafas

Penyakit tibi adalah penyakit yang boleh dicegah dan dirawat.

Selain mendapatkan rawatan perubatan moden, anda juga boleh mencuba rawatan alternatif atau semula jadi yang juga boleh dilakukan di rumah bagi membantu proses penyembuhan dengan lebih singkat. Kami kongsikan rawatan Tibi secara semula jadi yang boleh dilakukan di rumah:

1# Makan Bawang Putih

Bawang putih adalah bahan yang selalu digunakan dalam masakan di rumah. Sama ada dimasukkan secara langsung ke dalam masakan atau dimasukkan ke dalam air, ianya tetap memberi manfaat.

Bawang putih terkenal dengan sifat anti tumor, antihyperlipidemic (bantu menurunkan tahap lipid yang tidak normal) dan sifat anti mikroba.

Selain itu, asid sulfurik dalam sebatian ini turut menjadikan bawang putih sebagai rawatan di rumah yang berkesan untuk batuk kering.

Untuk makluman, Allicin adalah sebatian terkandung di dalam bawang putih yang melindungi tubuh daripada dijangkiti tuberkulosis.

2# Kunyah Daun Pudina

Mengunyah daun pudina segara atau minum air rendaman daun pudina juga memberi manfaat dalam rawatan Tibi. Mudah sahaja kan?

Tubuh badan kita lebih dilindungi kerana di dalam daun pudina itu sendiri mengandungi Antioksidan dan kompaun immunity-boosting. Ya, pudina mengandungi mentol yang mempunyai sifat anti radang, malah kaya dengan antioksidan dan meningkatkan sistem imun.

Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan daripada lendiran dan menjadikan saluran pernafasan lebih lancar!

Pudina juga memberi kesegaran dan perisa kepada minuman anda, namun ternyata fungsinya tidak hanya terhad di situ.

3# Makan Buah Pisang

Buah pisang sejenis buah-buahan tempatan yang tinggi nutrisi.

Pengambilan buah pisang dapat membantu meningkatkan sistem daya tahan tubuh dari mereka yang sudah terkena infeksi bakteria Tibi dengan mengurangkan demam, keradangan, batuk dan pengeluaran lendir.

4# Minum Teh Hijau

Teh hijau mengandungi Polifenol yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dan membantu melawan bakteria lantas menghilangkannya.

Menurut penemuan saintis antarabangsa yang diketuai oleh Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (NTU Singapura), antioksidan yang terdapat di dalam teh hijau dikatakan menjadi kunci untuk mengatasi tuberkulosis pada suatu hari.

Melalui kajian makmal, pasukan yang diketuai oleh Profesor Gerhard Grüber menemui bagaimana sebatian yang terkenal, dikenali sebagai epigallocatechin gallate (EGCG), dapat mengekang pertumbuhan strain bakteria penyebab tibi.

5# Minum Susu

Antara sumber rawatan lain, susu! Ia adalah rawatan yang mudah, menjimatkan dan sangat berguna untuk tibi.

Hal ini disebabkan oleh sumber kalsium yang kaya, menjadikannya elemen penting dalam rawatan batuk kering.

Malah, sebilangan individu disyorkan untuk menjalani diet yang hanya berasaskan susu.

Ia berupaya melindungi tubuh daripada jangkitan dan menenangkan sistem pernafasan bahkan menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan.

6# Makan Lada Hitam

Kebiasaannya, lada hitam banyak digunakan sebagai rawatan wheezing (bunyi bersiul bernada tinggi yang dibuat semasa menarik nafas) dan bersin. Tapi, ia juga bagus digunakan dalam merawat batuk kering.

Lada hitam mengandungi sebatian anti radang yang bertindak membersihkan paru-paru, menghilangkan rasa sakit dan ketidakselesaan, secara tidak langsung merawat TB.

Kaedahnya, kalian boleh menggoreng lada hitam dengan mentega, hancurkannya dan memakannya setiap hari untuk mendapatkan manfaat maksimum.

Rawatan semula jadi merawat penyakit Tibi yang kami konsikan di atas hanyalah saranan sebagai pilihan alternatif kepada rawatan moden oleh doktor pakar.

Cara terbaik untuk merawat pesakit Tibi adalah dengan berjumpa doktor pakar yang boleh diagnos tahap kesihatan anda.

One Reply to “Cara Rawat Tibi Secara Semula Jadi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge