ebit-lew-dituduh

Ebit Lew Dihadap Ke Mahkamah Atas 11 Pertuduhan Gangguan Seksual

Tidak berasas dan melampau. Itulah yang disifatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual yang dihadapinya hari ini.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, menganggap itu adalah sebahagian daripada ujian terhadap dirinya.

Beliau reda dengan ujian terkini walaupun terkejut dengan tuduhan yang dikenakan.

Yang boleh beliau katakan adalah pertuduhan tersebut antara ujian Allah SWT dan tujuannya untuk mengampunkan dosa, beri pahala dan juga menaikkan darjat.

“Saya tidak rasa apa-apa, saya tahu saya tidak bersalah dan yakin ini perancangan ramai orang daripada dulu lagi yang cuba mengganggu kerja-kerja amal kami.

“Memang setiap kali terkena ujian kita rasa berat, tapi saya dari dulu belajar, kita kena berdoa dan jangan bersedih kerana ujian yang datang itu adalah satu sunnahtullah”- Ebit Lew

ebit lew sedih

Bertujuan Menjatuhkan Kredibiliti Ebit Lew

Pertuduhan itu dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau dan mendakwa dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.

Beliau melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu.

Ebit Lew percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan yang merancang bukan satu dua hari untuk menjatuhkannya.

Beliau turut terkejut apabila mengetahui akan berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika sedang melakukan kerja amal di negeri ini.

Kini, Ebit dan pasukannya sedang melakukan kerja amal di Sabah 40 hari. Mereka terkejut kerana tiada perancangan untuk ke mahkamah.

“Tetapi saya tak rasa apa sebab saya tahu saya tidak bersalah dan saya yakin ini perancangan ramai orang dari dulu lagi macam-macam gangguan terhadap kerja amal.

“Saya reda dan saya anggap ini ujian daripada Allah untuk saya. Saya rasa tenang melaluinya, kena pula ketika buat kerja amal,” -Ebit Lew

Terdahulu Ebit didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Ebit Lew Mengaku Tidak Bersalah Terhadap 11 Pertuduhan

Ebit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan dua penjamin.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

One Reply to “Ebit Lew Dihadap Ke Mahkamah Atas 11 Pertuduhan Gangguan Seksual”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge