Dividen Tabung Haji 2020 3.1 Peratus
Selepas dividen ASB dan KWSP diumumkan, tiba masa untuk dividen Tabung Haji diumumkan. Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan agihan keuntungan untuk tahun 2020 adalah sebanyak 3.1 peratus.
Pengumuman dividen Tabung Haji lebih ditunggu oleh pendeposit terutama ‘orang lama’ yang rata-rata menjadikan Tabung Haji sebagai tempat menyimpan untuk kos pergi haji atau umrah di Tanah Suci Mekah.
Agihan Keuntungan Selepas Ditolak Zakat
Untuk makluman, agihan ini selepas ditolak pembayaran zakat. Pihak Tabung Haji telah membayar zakat bagi pihak pendeposit.
Zakat ke atas agihan sejumlah wang yang disimpan termasuk agihan telah dibayar oleh pihak Tabung Haji. Jadi, pendeposit tidak lagi perlu membayar zakat. Ini adalah selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.
Pengiraan Agihan Keuntungan
Rama yang tidak tahu cara kiraan agihan keuntungan Tabung Haji. Kami kongsikan cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020
Ambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020. Jumlah ini akan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020.
Kiraan lebih lanjut seperti di bawah:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%
Cara Semak Agihan / Dividen Tabung Haji 2020
Pendeposit boleh mula menyemak agihan euntungan bermula jam 12 tengah hari, 3 Mac 2021.
Anda boleh menyemak baki akaun Tabung Haji didi:
- kaunter-kaunter cawangan Tabung Haji, Bank Islam dan Bank Rakyat
- laman sesawang www.thijari.com.my
- portal internet bank-bank rakan strategik Tabung Haji, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB
- Di mesi ATM bank-bank rakan perniagaan Tabung Haji seperti Maybank, CIM, Bank Rakyat dan Bank Islam.
Anda juga boleh membuat semakan agihan dividen di THiJARI seperti langkah berikut:
- Login ke laman sesawang Tabung Haji online: www.thijari.com.my
- Akaun utama dan akaun ketiga anda akan dipaparkan.
- Pilih akaun untuk semakan.
- Pilih menu Penyata Akaun.
- Maklumat dividen akan dipaparkan.
Namun, jika anda belum mendaftar untuk kemudahan Tabung Haji online di THiJARI, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Cara daftar THiJARI seperti yang kami kongsikan di artikel sebelum ini. : THiJARI: Cara Daftar Tabung Haji Online Tanpa Ke Kaunter