kadar dividen tahun 2020

Kadar Dividen KWSP Tahun 2020

Pengumuman agihan pendapatan atau dividen KWSP untuk dua skim simpanan wang persaraan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi caruman dana merupakan manfaat yang ditunggu-tunggu oleh para pencarum.

Menurut penganalisis, berdasarkan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di beberapa instrumen pelaburan dalam tempoh sembilan bulan awal pada tahun 2020, KWSP dijangka mampu memberikan dividen pada kadar antara lima hingga enam peratus.

Kadar ini dianggap sebagai yang terbaik dalam persekitaran semasa untuk masa depan dana persaranaan pekerja swasta.

UPDATE: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.2 peratus dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion.

Kadar Dividen KWSP Tahun 2020

5.2% Konvensional

simpanan shariah kwsp

4.9% Shariah

Dividen KWSP Tahun 2019 Dan Sebelum

Jika dilihat pada prestasi pendapatan hasil pelaburan KWSP pada 2019, RM41.68 bilion direkodkan bagi simpanan konvensional dan memberikan dividen sebanyak 5.45 peratus manakala pendapatan simpanan shariah sebanyak RM4.14 bilion dengan dividen 5.00%.

Kadar Dividen KWSP Sebelum Tahun 2020

KWSP merupakan tabung dana persaraan yang bertanggungjawab ke atas kebajikan dan kewangan ahli ketika persaraan. Jadi, strategi KWSP mesti berhemat dengan penekanan yang lebih besar untuk memelihara modal dan memberikan pulangan lebih stabil dalam jangka panjang yang disokong oleh pengurusan risiko pelaburan yang komprehensif.

“Semoleknya, janganlah bandingkan dividen KWSP hari ini dengan 10 tahun lalu kerana kerana persekitaran dan pasaran semasa adalah berbeza” -Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias.

Baca Juga: Cara Buka i-Akaun KWSP

Ahli KWSP boleh membuat semakan penyata akaun yang telah dikreditkan dividen tahun 2020, menerusi sistem online i-Akaun di laman web KWSP www.kwsp.gov.my bermula pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

One Reply to “Kadar Dividen KWSP Tahun 2020”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge