Site icon Lima Minit

Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online

salinan sijil spm

Cara dapatkan sijil SPM hilang secara online dengan mudah. Jika sijil SPM (Sijil Pepeperiksaan Malaysia) anda tercicir atau hilang, anda boleh mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia hanya secara online sahaja.

Perkhidmatan ini telahpun dibuka dalam talian sejak 1 Februari 2021.

Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online

Di bawah ialah cara untuk mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan :

  1. Layari laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  2. Tekan bahagian Perkhidmatan.
  3. Pilih Salinan Keputusan.
  4. Kemudian anda boleh memilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.
  5. Isikan No. Kad Pengenalan Anda.
  6. Tekan Papar Borang Permohonan.
  7. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan
  8. Tekan MOHON.
  9. Selepas membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di halaman utama.

*Caj akan dikenakan untuk setiap permintaan untuk salinan keputusan dan terjemahan.

Tempoh Pengeluaran Salinan

Di bawah dikongsikan tempoh untuk mengeluarkan salinan penyata dan terjemahan setiap sijil :

Info Tambahan

Jika anda ada masalah dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh terus ke bahagian Soalan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

Semoga maklumat ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

Exit mobile version