keputusan-spm-2021

Tiga Cara Semak Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 bakal diumumkan pada hari Khamis, 16 Jun ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Cara Semak Keputusan SPM 2021

Cara Pertama, calon-calon SPM 2021 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada pihak sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022. Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.

Cara Kedua, calon-calon SPM 2021 sama ada calon sekolah atau persendirian boleh juga membuat semakan keputusan SPM 2021 secara dalam talian di pautan || http://myresult1.moe.gov.my || http://myresult2.moe.gov.my || http://myresult3.moe.gov.my || https://www.myresultspm.moe.gov.my

Untuk makluman, talian semakan ini dijangka akan sesak apabila dibuka dan anda boleh mencuba setial pautan yang dikongsikan diatas.

Cara Ketiga, calon-calon SPM 2021 boleh menyemak keputusan SPM 2021 masing-masing menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas. Sila rujuk kepada format seperti yang disertakan dibawah untuk tujuan penghantaran mesej.

Taip SPM <jarak> NoKP <jarak> AngkaGiliran dan hantar ke 15888

Sistem semakan keputusan SPM 2021 ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga jam 6.00 petang pada 22 Jun 2022.

Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka!

Seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan SPM yang diadakan pada Mac 2022 yang lalu.

Peperiksaan /SPM 2021 ditangguhkan pada Mac tahun ini berbanding kebiasaan yang diadakan pada akhir tahun persekolahan, ekoran negara dilanda pandemik COVID-19.

Apa saja keputusan SPM nanti terimalah dengan hati yang terbuka, terus bergerak ke hadapan dan lakukan yang terbaik.

Kami di Lima Minit mengucapakan Selamat Maju Jaya kepada semua adik-adik yang bakal menerima keputusan SPM 2021.

2 Replies to “Tiga Cara Semak Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge