bahaya-tidur-dalam-kereta

Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak-anak Bertarung Nyawa Sebab Keracunan Gas Karbon Monoksida Di Dalam Kereta

Seringkali kita mendengar tragedi maut yang melibatkan mereka yang tidur di dalam kereta secara tiba-tiba. Punca-punca tragedi ini dikenalpasti akibat keracunan karbon monoksida.

Sebab kebocoran ini berkemungkinan terdapat masalah mekanikal pada kereta yang boleh menyebabkan berlakunya kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur. Oleh sebab itu kita tidak disarankan untuk tidur di dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan.

Namun, kebocoran ini boleh berlaku dan menyebabkan musibah yang mungkin tidak akan dilupakan selamanya pada bila-bila masa. Seorang ibu menceritakan detik-detik cemas menyelamatkan anak-anak yang menghidu gas koarbon monoksida di dalam kereta yang sedang bergerak.

…………………………………………………………………………………..

Detik pengalaman yang tak akan pernah umi lupa. Saat-saat kami semua termasuk (mak ayah mertua) opah dan atok keracunan gas monoxide dalam kereta. PEMBUNUH DALAM DIAM.

Pada 19 may 2022. Umi dan anak-anak ikut mak ayah mertua balik ke Tanjung Karang Selangor untuk beberapa hari je plannya sebab mak masih ade urusan di Kuantan jadi kami jadi peneman balik ke sana 3/4 hari.

Dalam perjalanan semuanya ok tak ada apa-apa. Anak-anak seronok dok berbual dan teman atok dan opah dorg. Siap singgah makan tengahari di Temerloh kami teruskan perjalanan.

Masa tu umi send gambar pada suami anak-anak tengah tido. Rupanya suami ade tegur muka si abang Eijaz nampak pucat dan kesian. Dia tanya anak-anak ok tak tu. Umie balas ok. Tengah tido kepenatan agaknya. Tak sangka sebenarnya dorg dah lain macam masa ni. Deeja pulak senyap je tak ceria mana dan tido. Pikiran umie maybe sebab cuaca panas.

Jam sekitar 1 tengahari lebih, sampai la tiba lepas dari hentian Bentong dalam perjalanan, tiba-tiba Deeja bangun terjaga merengek sikit tapi mata tak buka. Umi pujuk-pujuk tiba-tiba dia lembik. naluri seorg ibu, rasa sesuatu tapi tak tau kenapa. Umi kejutkan Deeja untuk bangun. Tapi tak ada respon. 😩😩

Umi masa ni terus jadi panik. Dia tak sedar. Lembik selembik-lembiknya. Terus umi menjerit pada mertua bagitau deeja tak sedar tak tau kenapa. Buka baju seluar tepuk-tepuk dan sapu air kejutkan tetap tak respon. Tapi pernafasan makin lemah.

Kami berhenti tepi highway. Umi trus turun tahan kereta sambil masa tu dukung Deeja sama. Memang masa tu tak tau nak cakap apa nyawa ni dah macam nak tercabut. Umi hanya pikir. Ya Allah anak-anak aku kenapa ni? Ya Allah jangan ambil anak ku. 😭😭😭

Zara dan Eijaz meraung-raung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh kejutkan Deeja. Masa menahan minta bantuan satu kereta chinese family (Mr Richard) berhenti dan bertanyakan kenapa keadaan. Dan dia minta kami follow dia untuk terus ke hospital berdekatan. Masa tu dia dah syak maybe ada problem gas ke apa. Dia pesan supaya buka tingkap.

otw ke hospital deeja masih tak respon. Luruh rasa jantung umi sebab tak tau punca. Tiba-tiba Zara dan Eijaz diam. Mereka pulak tak sedar. Eijaz tertirap di bahagian bawah kaki dengan muka ke bawah carpet.

Zara separuh badan atas kerusi kaki kebawah. Menirap juga. Ya Allah dugaan apakah pada kami.

Ayah mertua teruskan drive follow kereta Mr Richard. Mak mertua bantu kejutkan Eijaz dan Zara, Alhamdulillah dorg cepat sedar semula dan nangis. Eijaz ketara pucat dan lesu. Umi pulak dah mula muntah-muntah pening nak pitam. Tapi sebabkan anak-anak tiga-tiga tak sedar umi gagah bertahan sambil muntah-muntah dan kejutkan Zara, Eijaz dan Deeja.

Sampai di hospital org asli Gombak trus ke kecemasan. Deeja disambut dan terus diberi bantuan oksigen. Umi sesak nafas dan still muntah-muntah yang tak mengeluarkan apa-apa. Mak mertua pengsan lepas sampai di hospital ayah mertua dan Zara Eijaz trus diberi bantuan oksigen juga. Lepas semua dah dapat oksigen semua kembali ok dan stabil tapi masih keadaan lemah. Suami masa ni dah bersiap otw dari Kuantan.

Kes kami di refer ke hospital Selayang. Jam 8 malam kami semua dihantar ke hospital Selayang menaiki ambulance. Kereta kena tinggal sebab doktor tak berani berisiko.

Dari situ doktor mengesahkan kami keracunan gas monoxide. Yang berpunca ada kebocoran pada bahagian ekzos. Kami semua 3 dewasa 3 kanak-kanak dipantau sehingga betul-betul dah stabil. Doc kata kalau la umi tak tau yang anak tak sedar tu beranggapan anak-anak tido lena, kemungkinan memang akan mengancam nyawa anak-anak.

Ya Allah. Sebab ia memang attack pada orang yang tido. Tido dan terus tak sedar-sedar sampailah kekurangan oksigen pada otak. Syukur ya Allah, Allah berikan naluri yang tepat pada umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa tu.

Jam 3 pagi baru la doktor lepaskan kami balik. Alhamdulillah umur kami semua masih panjang.Ibarat mimpi ngeri semua tu, Allah. Memang tak terkata lembik lutut, nak tercabut jantung mengenangkan anak-anak tak sedar time tu. Keracunan gas monoxide ni tak bermakna time kite berhenti dan tido dihentian je. Boleh berlaku juga dalam keadaan kereta tengah bergerak. Tapi lebih membahayakan pada penumpang yang tido.

Sesungguhnye Apa yang berlaku tu adalah ujian dan teguran dari Allah. Dan segala kesembuhan juga Dari-Nya dan keizinanNya. Allah jentikkan kami ikut skali. Kalau la mertua berdua je balik time tu lagi la tak tau apa jadi kat dorg. Lagi bahaya sebab berdua dan tak sedar kebocoran gas tu.

ekzos bocor

Patut la sabtu hari sebelum tu mak mertua masa otw ke kuantan dia dah pensan sekali dalam kereta muntah tanpa sedar. Kebocoran gas dalam kereta dah mula time tu.

Syukur ya Allah jauhkan kami dari segala perkara-perkara bahaya. Semua sudah dalam keadaan baik-baik. Alhamdulilah.

Beringat la. Sebelum perjalanan yang jauh, check semua keadaan kenderaan, baik kereta lama maupun kereta baru. Pantau sama penumpang yang tido. Berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap.Ingatlah. Benda nak jadi tanpa tanda dan diduga. Kita kena sentiasa peka dengan keadaan keliling terutamanya anak-anak.

To Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi.Kalau tak kerana Mr Richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital. Tau la keadaan masa tu risau dan panik sangat-sangat sampai tak boleh nak pikir apa-apa.

Walau berlainan agama tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tau Mr Richard ni asal mana duduk di mana. Tapi dia ada sebut masa kat hospital tu sama ada dia nak ke Shah Alam atau tinggal di Shah Alam.

Seandainya posting ni sampai kepada Mr Richard sekeluarga. Kami sangat-sangat hargai dan terhutang budi.

Kredit: Nur Jalilah Leyla

One Reply to “Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak-anak Bertarung Nyawa Sebab Keracunan Gas Karbon Monoksida Di Dalam Kereta”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge