Cara Semak Arah Kiblat Ketika Matahari Tegak Di Atas Kaabah.
Matahari akan istiwa’ atau berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan arah kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia pada 28 Mei 2022, jam 5.18 petang.
Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Kaabah terletak.
Firman ALLAH dalam surah Al-Imran ayat 190-191 yang maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal””(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka“
Umat Islam di Malaysia ini berpeluang melakukan semakan arah kiblat yang tepat sempena fenomena Istiwa A’dzam pada tarikh & masa ditetapkan. Pada ketika ini, semua bayang yang terhasil daripada satu objek tegak, menghala ke arah matahari adalah bersamaan dengan arah kiblat.
Cara Semak Arah Kiblat Ketika Istiwa’
- Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
- Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
- Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
- Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM.
Koordinat Kaabah – 21.4225° N, 39.8261° E
Sumber: Jabatan Mufti Selangor
Semoga artikel Cara Semak Kiblat ini membantu anda untuk menyemak kembali arah kiblat di kediaman masing-masing.
bagus info ni Laila. Boleh anak-anak turut serta semak. Next 16 Julai kan…
Geng Borak recently posted…Hukum Ambil Tanah Orang Walau Sejengkal. Kaya Di Dunia, Azab di Akhirat