Kenapa Tidurku Tak Lena?
“Iskh kenapa la mata ni susah sangat nak pejam. Nak lena apatah lagi. Dari tadi terkebil-kebil. Ni dah masuk jam 3 pagi, mata masih tak mengantuk pun. Esok nak bangun awal. Alamatnya ngantuk la kat kelas ni… 🙁 “
Gejala seperti ini pasti pernah dialami oleh sesiapa sahaja kan? Sebenarnya ramai orang mengalami masalahtidak cukup waktu tidur.
Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Jika YA, segeralah berjumpa doktor sebelum ia menimbulkan kesan yang menjejaskan kesihatan.
Jenis-jenis Gangguan Tidur
1# Insomnia
Terjaga sepanjang malam atau awal pagi disebabkan oleh kedua-dua faktor luaran dan dalaman.
Dy Yan-Go, seorang ahli saraf dan psikiatri dan pengarah perubatan dari UCLA Sleep Disorders Center menyatakan jika masalah tidur menjadi kronik, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan kerana Insomnia juga boleh menyebabkan kematian
Terdapat 3 jenis Insomnia iaitu:
- Insomnia sementara yang berlanjutan dari beberapa hari ke minggu disebabkan tekanan, kemurungan, jam tidur yang tidak teratur dan persekitaran tidur.
- Insomnia Kronik berlangsung selama hampir setahun.
- Insomnia Akut berlangsung selama tiga minggu sehingga 6 bulan.
2# Sleep Apnea
Dikenali sebagai OSAS (Obstructive Sleep Apneu Syndrom). Ianya kumpulan gejala seperti Apneu (tidak bernafas) atau Hipopnea (kurang bernafas) ketika tidur.
Mereka yang telah mengalami tumor otak atau strok lebih mudah terdedah kepada Sleep Apnea.
Keadaan ini juga disebab berat badan yang berlebihan. Kebarangkalian penghidap penyakit ini ialah 20 juta orang daripada penduduk bumi, terutama wanita hamil.
Ada 3 jenis Sleep Apnea iaitu Obstruktif, Pusat & Kompleks.
3# Jet Lag
Dianggarkan sebelum Pandemik (sebelum tahun 2020)lebih 500,000 orang akan berada di udara setiap saat. 15 Juta daripada kita terbang merentasi beberapa zon masa setiap tahun.
Bagi seseorang yang terbang lebih daripada beberapa zon masa terutamanya mereka yang terbang dari Barat ke Timur do seluruh dunia.
Jet Lag boleh menjadi satu cabaran yang serius. Ia membuatkan anda pening sehingga boleh mengganggu tidur.
4# Narkolepsi
Narkolepsi adalah disebabkan oleh kesalahan genetik yang menghalang tubuh daripada menyerap atau menghasilkan Hypocretin Neurokimia yang mencukupi.
Ia melibatkan individu yang tidur di tempat-tempat berlainan sepanjang hari walaupun mempunyai jumlah tidur yang mencukupi pada malam sebelumnya.
5# Sindrom Kleine-Levin
Penyakit saraf di mana pesakit tidak boleh mengawal masa mengantuk sehingga menyebabkan pesakit boleh tertidur selama berjam-jam, bahkan berbulan lamanya.
Kajian di USA mempercayai, penyakit ini ialah mutasi gen atau DNA yang dibawa oleh ibu bapa, namun penyebab utamanya masih belum diketahui.
6# Bruxism
Gangguan ini disebabkan oleh gigi berlaga sewaktu tidur.
Sindrom sendi rahang sering menjadi masalah besar keraia ia tidak mudah dikawal dengan cara apa sekalipun.
7# Night Terror
Biasanya terjadi pada sepertiga awal tidur, dengan gejala tidur yang secara tiba-tiba bangun dengan teriakan, panik atau menangis dan disertai dengan ketakutan dan rasa cemas.
Mereka yang sering mengalami mimpi ngeri dalam tidur berisiko untuk mengalami gangguan Skizofrenia.
Kami percaya ini hanyalah sebahagian daripada jenis Gangguan Tidur. Mungkin ada sebab-sebab lain yang menyebabkan anda tidak lena.
Hanya anda yang memahami rasa gangguan yang anda alami. Sekiranya berlanjutan, berjumpalah dengan doktor pakar untuk nasihat yang lebih sesuai dan tepat dengan keadaan diri anda.
fuhhh… ada lagi beberapa jenis gangguan tidur rupanya. Kadang-kadang tak lena malam, lena siang. heheeeee
Geng Borak recently posted…4 Cabaran dan 3 Kelebihan Memilih Duda Sebagai Suami
seksa woo kl tak lena tidur..tak sanggup Laila..