kehidupan

Membandingkan Diri Dengan Orang Lain. Tanda Bunuh Jiwa.

Hari ini zaman media sosial. Ramai yang kalau boleh setiap gerak geri dan aktiviti perlu dimuatnaik di laman sosial. Kalau tidak dimuat naik gambar aktiviti, rasa tidak lengkap hari itu. Tidak dapat dinafikan ini yang sedang terjadi pada hari ini.

Tanpa sedar, kita sedang membunuh jiwa. Bunuh tanpa sedar. Asyik membandingkan diri dengan orang lain di laman sosial, tanda kita sedang membunuh jiwa.

Sudah-Sudah lah Bunuh Jiwa Dengan Asyik Membandingkan Diri Dengan Orang Lain.

1. Nampak macam perkara biasa. Tapi ya,ini lah realiti hidup.Kita pantang tengok orang lebih dari kita,pasti kita akan label diri sendiri sebagai seorang yang gagal.

2. Kita kuat memberontak sana sini.Kita seolah-olah anggap hidup kita suram,tiada masa depan.Sedangkan kita terlepas pandang rezeki di depan mata.

3. Kita lahir dari keluarga yang supportive,makan minum cukup,ada tempat tidur yang selesa.Tetapi kita masih rasa semua tidak cukup.

4. Sedangkan tiap fasa kehidupan ada perjalanan yang tersendiri.Setiap perjalanan ada dugaan yang tersendiri.Dan perjalanan dan dugaan kita adalah tidak sama.

Baca Juga: Doa Mustajab Di Hari Jumaat

5. Kita terus tekan diri sendiri sehingga membunuh jiwa tanpa sedar.Akhirnya,diri kita sendiri adalah penyebab jiwa kita terdorong ke lembah kehancuran hidup.

6. Ada orang gaji dia besar, tapi tuhan uji dia dapat anak down syndrome.Rupa-rupanya rezeki gaji besar dia untuk bahagiakan anak istimewa dia.Dalam hidup senang dia ada ujian.

7. Ada orang dia dapat kerja stabil,tetapi dia datang dari keluarga yang susah.Rezeki yang dia dapat juga adalah untuk dikongsi bersama keluarganya di kampung.

8. Ada orang datang dari keluarga orang berada.Hidup serba senang dan mewah.Tetapi tuhan uji dia dengan ujian kerjaya.

9. Tuhan dah susun cantik-cantik jalan hidup kita.Siang malam kita asyik fikir nasib hidup kita sampai seksa mental sendiri, “Akhirnya kita adalah punca mengapa mental kita terus sakit.”

Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan hidup.

Hidup kaya raya pun diuji, Pandai dalam pelajaran pun diuji. Wajah cantik dan kacak pun diuji. Kehidupan adalah proses,jika jatuh,sila bangun.

Kalau penat berehat sebentar,kemudian teruskan bangkit tanpa menoleh ke belakang.

Sudah-sudah lah asyik membuat perbandingan hidup,tidak semua orang ada apa yang kita ada

“Kehidupan adalah pengembaraan dan proses pembelajaran,bukannya perlumbaan.”

Penulisan ini dikongsi semula bagi menghidupkan semula jiwa yang sedang berjuang dengan diri sendiri.Semoga kita terus kuat.

Sumber Asal : Aidil Adha

2 Replies to “Membandingkan Diri Dengan Orang Lain. Tanda Bunuh Jiwa.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge