
7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri Dan Keluarga.
Pasangan suami isteri pasti mahukan rumahtangga yang bahagia. Rumahtangga yang diberkati dan dimurahkan rezeki sentiasa meniti di bibir ketua keluarga di setiap sujudnya.
Perlu difahami, rezeki bukan soal duit semata-mata, anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Maka, sekira dirasai, rezeki kita semakin sempit dan berkurangan, perlu difikirkan balik kemungkinan punca-punca hilangnya rezeki ini.
7 Sebab Hilangnya Rezeki Pasangan & Keluarga
1. Sering bergaduh.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagilagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.
2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang kepada anakanak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu danbapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anakanak tanpa merungut dan rasa terbeban.
Baca Juga: Doa Mohon Rezeki Halal
3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah…
4. Lokek dengan pasangan dan anakanak.
Jangan terlalu berkirakira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah.
Jangan meninggikan suara dan gunakan katakata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anakanak. Buangkan cara menakutnakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anakanak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit.
7. Kurang berdoa.
Sentiasalah mendoakan yang baikbaik untuk suami, isteri dan anakanak. Sentiasa ingatkan mereka
dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
merungut dan mengeluh, memang sesuatu yang perlu dielakkan. kannn
Geng Borak recently posted…7 Ciri-ciri Wanita Akhir Zaman Yang Terkena Fitnah Dajjal
kan…Laila cuba..