data peribadi bocor

Lebih 22 Juta Data Peribadi Rakyat Malaysia Dijual.

Bermula 2 Julai 2014, kewajipan perlindungan data1 di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (PDPA) membolehkan anda melindungi data peribadi anda yang dikumpulkan, digunakan dan didedahkan pertubuhan-pertubuhan swasta.

Namun, hari demi hari, laporan tentang kebocoran data peribadi ini semakin meningkat.

Terkini, terdapat pelanggaran data milik agensi kerajaan membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di mana penjual dalam talian mendakwa menjual data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan milik 800,000 individu.

Penjual itu mendakwa sebagai pihak yang sama di sebalik penjualan data peribadi milik empat juta rakyat Malaysia tahun lalu – Soyacincau

Menurut portal itu juga, pangkalan data pertama jualan didakwa mengandungi 22.5 juta rekod yang diperoleh daripada Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) MyIdentity JPN, meliputi seluruh populasi dewasa di Malaysia yang dilahirkan antara 1940 hingga 2004.

Baca Juga: LHDN Boleh Akses Maklumat Akaun Pembayar

Rekod Nama Penuh, No Kad Pengenala, No Telefon, Alamt Bocor

Rekod tersebut bukan sahaja mengandungi nama penuh, tetapi juga nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat penuh, jantina, bangsa, agama, dan gambar dalam kad pengenalan.

Bagi membuktikan bahawa data tersebut adalah sah, penjual turut menyediakan sampel rekod milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Turut dilampirkan gambar kad pengenalan beliau.

Data Bersaiz 160GB Berharga Lebih RM43 Ribu!

Keseluruhan pangkalan data bersaiz 160GB dan dijual dengan harga RM43,903.

Mengulas lanjut, laporan itu turut mendakwa bahawa beberapa minggu sebelum itu, penjual yang sama menyiarkan tawaran untuk menjual pangkalan data yang didakwa mengandungi maklumat 802,259 rakyat Malaysia yang diperoleh daripada laman web SPR.

Penjual terbabit juga menjual gambar sebenar kad pengenalan serta imej elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC) individu yang mengambil swafoto sambil memegang kad pengenalan mereka.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge