doa mustajab

Doa Mustajab Di Pagi Jumaat

Dalam kalendar terdapat 7 hari dalam seminggu. Hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin ialah hari Jumaat. Juga digelar penghulu segala hari. Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Apakah doa yang boleh diamalkan pada hari jumaat berserta amalan yang lain? Sebelum ini kami telah kongsikan amalan sunat Jumaat yang boleh boleh dilakukan pada hari Jumaat. Kali ini, kami kongsikan pula doa di hari Jumaat untuk amalan bersama.

Ya Allah panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami kesihatan yang baik, terangilah hati kami dengan NUR pancaran iman Mu, dekatkan kami dengan kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah kurniakan kami kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari Mu dalam menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quraan, jadikannya bagi kami ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa daripadanya, ajarkan kami apa yang tidal tahu daripadanya dan jadikan maksudnya hujah bagi kami Ya Allah.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang kami hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan kami dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah kami ..”.

Ya Allah lancarkanlah urusan kami pada hari ini, indahkanlah dengan silaturrahim yang baik dan limpahilah dengan rezeki yang berkat.

Ya Allah bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami dan elokkanlah urusan dunia kami.

Ya Allah elokkanlah juga urusan akhirat kami, tempat kami kembali untuk selama2nya.

Ya Allah Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah kami menerima ilmu Mu.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang sedang sakit, kami mohon sembuhkan penyakitnya Ya Allah kerana hanya Engkau lah yang Maha Penyembuh.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, kami mohon bukalah jalan rezekinya Ya Allah kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya, kami mohon bersihkan dan sucikanlah hatinya Ya Allah.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang merasa disakiti dan dizalimi karena kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja, bukakanlah pintu hati mereka agar memaafkan kami.

Ya Allah Engkau rahmati dan jadikan hidup kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu.

Ya Allah terimalah amalan ibadah kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.
ُ
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah hidupkan kami dalamm Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada umatMu yang belum Islam dan juga kepada pemimpin, rakan dan jiran kami yang masih belum menerima Islam dengan sepenuhnya.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Abu Hurairah R.A meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam as) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim)

One Reply to “Doa Mustajab Di Pagi Jumaat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge