pengeluaran kwsp

Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP Dibenarkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisen dan platform media sosial pada hari ini, mengumukan Kerajaan akhirnya bersetuju membenarkan pengeluaran khas RM10,000 bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya pada sidang media khas.” – PM DS Ismail Sabri

Menurut sumber, Ismail Sabri dijangka mengumumkan kebenaran pengeluaran KWSP, langkah ini diambil ekoran timbul desakan terbaharu oleh pemimpin UMNO khususnya kumpulan Kluster Mahkamah yang mendesak langkah membenarkan pengeluaran tersebut.

Terdahulu, kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP dibawah skim i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021, ia diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Syarat Pengeluaran Khas KWSP

Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Rabu | 16 Mac 2022



2 Replies to “Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP Dibenarkan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge