
Sebab Perlu Elak Membeli Lot Lidi dan Tanah Lot Murah
Membeli aset hartanah seperti tanah atau rumah menjadi idaman ramai. Ramai yang mempunyai impian sebegini sejak muda. Namun ada yang menagguhkan dahulu niat tersebut kerana pelaburam hartanah memerlukan sejumlah wang yang besar.
Ada juga yang bertuah dan berpeluang memiliki aset hartanah dengan harga yang murah. Alhamdulillah. Ada yang juga yang kerugian kerana tidak faham selok-belok membeli hartanah dengan harga murah.
Kami kongsikan di bawah perkongsian oleh pakar hartanah tentang saranan untuk elak membeli lot lidi dengan harga murah.

Semalam saya ziarah satu rumah selepas tuan rumah maklumkan nak jual rumahnya. Bila saya minta salinan geran, tuan rumah kata ada dengan peguam. Katanya namanya ada dalam geran tanah ini. Saya mula rasa ada yang tak kena.
Tuan tanah ini beli tanah pada harga RM70,000 . Kos bina rumah cantik begini pada harga RM170,000. Dalam iklan yang ditawarkan, banglo ini hanya pada harga RM165,000 sahaja.
“Dulu dia janji masukkan nama dalam geran”. Ceritanya laju.
Akhirnya saya faham bahawa kediaman ini dibina di atas Lot Lidi kita sebut.
Lot lidi adalah lot pertanian yang belum dipecahkan menjadi lot individu yang berstatus bangunan. Penjual ni pula, apabila pembeli dah seronok dan bina bangunan, penjual akan meminta duit lagi apabila nak tukar status atau pecah lot dan sebagainya.
“Saya jual murah sebab tuan tanah mintak tambah lagi RM30,000 untuk tukar status tanah bang”.
Nampak permainan mereka?
Ramai yang gila beli tanah konon sebab harga murah. Mereka nak buat rumah sendiri dah pencen nanti katanya.
“Saya dah beli tanah kat kampung bang, murah RM56,000 saja”. Cerita yang selalu saya dengar.
“Orang kampung jual, murah murah. Saya buat personal loan senang bang”.
Saya dah banyak kali tulis, kelemahan Lot Lidi ini kawan. Elakkan beli Lot lidi ini sahabat sekalian.
1# Tanah kita buat rumah itu bukan kita punya, ia tetap tuan tanah punya walau nama kita kononnya masuk dalam geran. Proses pindah milik tak berlaku.
2# Ketiadaan geran individu yang berasingan, bagaimanakah tanah lot itu boleh dipindah milik kepada nama pembeli?.
3# Pembinaan rumah tidak boleh dilakukan di atas tanah lot lidi tanpa kebenaran PBT.
4# Tanah tanpa geran sudah pasti tanah ini juga tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pembiayaan. Apa guna ada tanah tiada nilai?
5# Pemilik Lot lidi tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh kerajaan. Hanya tuan tanah yang layak dapat.
6# Dari segi perundangan tanah yang dibeli pada harga puluhan ribu ringgit itu sebenarnya masih menjadi hak pemilik asal kerana ia tidak dipindah milik secara rasmi kepada pembeli.
7# Walau ada perjanjian, cop lawyer dan sebagainya kata si penjual. Ia tetap tidak diperakui sah.
Di bawah Kanun Tanah Negara.”Kalau geran lengkap semua nie saya nak jual RM300,000 nie bang”. Ceritanya semalam.
Kawan kawan, Hindarilah membeli Lot Lidi dan tanah tanah lot murah ini.
Ia tak jadi milik kita sepenuhnya. Banyak penyelewengan berlaku dan duit susah dapat balik nanti.
“Padanlah tanah nie murah, lot lidi rupanya”. Lebihkan hati hati agar tak jadi mangsa tipu nanti. Dikampung banyak kisah sebegini.
Perkongsian oleh: Azizul Azli Ahmad.
Patut lah iklan jual tanah murah2 buat banglo pun banyak. Lot Lidi jadinya
Geng Borak recently posted…Cara Tukar dan Daftar Kawasan Mengundi PRU