fasa-endemik

Fasa Peralihan Ke Endemik

Pengumuman YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan Fasa Peralihan ke Endemik:

10 SOP Fasa Peralihan Ke Endemik

Bermula 1 April 2022:

1# Aktiviti solat jemaah di masjid/surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Walaubagaimanapun, pelaksanaan tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Aktiviti sembahyang serta keagamaan di rumah ibadat selain Islam juga boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula tarikh berkenaan.

2# Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing (sehingga 24 jam) mengikut syarat lesen operasi premis

3# Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih diwajibkan.

4# Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.

5# Keperluan vaksinasi:

Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.* Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

↗️ Had kapasiti 50% untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan.

6# Pembukaan Sempadan Negara:

Kerajaan telah memutuskan supaya sempadan negara turut dibuka semula.

Rakyat Malaysia yg mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadan mereka.

Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan menjalani tempoh kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas dan semasa ketibaan. RT-PCR dua hari sebelum berlepas ke Malaysia; RTK-Ag 24 jam selepas ketibaan.

7# Bermula 1 April, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass.

Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.

Keputusan terkini ini diharap dapat merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge