Site icon Lima Minit

Cara Mudah Daftar Vaksin Untuk Remaja di MySejahtera

cara update mysejahtera

Sehingga 25 Julai 2021, seramai hampir 17 juta penduduk di Malaysia telah menerima dos pertama & kedua suntikan vaksin Covid-19. Jika sebelum ini, hanya penerima dewasa (usia 18 tahun ke atas) sahaja dibenarkan menerima suntikan vaksinasi Covid-19, kini, remaja berusia 12 – 17 tahun turut layak menerima suntikan vaksinasi .

Cara mudah daftar vaksin untuk remaja terkini hanya ada 2 cara; sama ada menggunakan akaun MySejahtera ibu bapa atau anak yang mempunyai smartphone sendiri, boleh terus register menggunakan butiran diri sendiri.

1# Cara Daftar Vaksin Untuk Remaja (Dependents)

Tarikh temujanji suntikan vaksin untuk golongan remaja mungkin mengambil masa sedikit kerana pihak berwajib perlu memberi keutamaan kepada golongan berisiko tinggi terlebih dahulu.

2# Cara Daftar Vaksin Remaja – Daftar Sendiri

Status terkini oleh pihak MySejahtera, anak-anak remaja (usia 12-17 tahun) yang mempunyai smartphone sendiri, boleh membuat pendaftaran vaksin bagi pihak diri sendiri. Ibu bapa tidak perlu mendaftar untuk anak-anak.

Langkah dan cara daftar sama seperti pendaftaran untuk orang dewasa. [Baca: Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin]

Di muka pertama, anda perlu memilih COVID-19 Vaccination.

Seterusnya, pilih Vaccine for [nama anda].

Anda perlu mengemaskini butiran pendaftaran, alamat rumah dan info tambahan sekiranya anda mengandung atau sedang menyusukan bayi.

Kemudian, anda hanya perlu menunggu notifikasi tarikh dan tempat sesi vaksinasi anda.

Kita Jaga Kita

Diharap perkongsian cara daftar vaksin untuk anak remaja usia 12-17 tahun ini akan memudahkan urusan anda demi mencapai imuniti kelompak di negara kita.

#kitajagakita

Exit mobile version