cara update mysejahtera

Cara Mudah Daftar Vaksin Untuk Remaja di MySejahtera

Sehingga 25 Julai 2021, seramai hampir 17 juta penduduk di Malaysia telah menerima dos pertama & kedua suntikan vaksin Covid-19. Jika sebelum ini, hanya penerima dewasa (usia 18 tahun ke atas) sahaja dibenarkan menerima suntikan vaksinasi Covid-19, kini, remaja berusia 12 – 17 tahun turut layak menerima suntikan vaksinasi .

Cara mudah daftar vaksin untuk remaja terkini hanya ada 2 cara; sama ada menggunakan akaun MySejahtera ibu bapa atau anak yang mempunyai smartphone sendiri, boleh terus register menggunakan butiran diri sendiri.

1# Cara Daftar Vaksin Untuk Remaja (Dependents)

  • Login aplikasi MySejahtera anda. Sila muat turun & daftar terlebih dahulu jika tiada.
  • Di muka hadapan MySejahtera anda, ada pilihan butang seperti: COVID-19 Status, Hotspot, Helpdesk, Digital Health, COVID-19 Vaccination, More…
  • Pilih More
  • Satu pop-up window akan keluar dengan pilihan seperti: Update MyCovid-19 Risk Status, Hotspot Tracker, Manage Dependents, Covid-19 Vaccination, Locate Heatlh Screening Facility dsb.
  • Pilih Manage Dependents
  • Seterusnya akan tertera My Dependents || Note: Please add only dependents who do not have access to a smartphone.
  • Pilih Add Dependents
  • Isi maklumat butiran yang diminta seperti Nama Penuh, Hubungan, No Kad Pengenalan, Umr dsb.
  • Pilih Save untuk simpan semua butiran yang telah diisi.
  • Pilih Add Another sekiranya ingin menambah butiran anak.
  • Ulang isi butiran anak anda yang berusia 12-17 tahun sehingga selesai.
  • Selesai.
  • Sila tunggu kemaskini tarikh temujanji vaksin yang akan dimaklumkan di aplikasi MySejahtera.

Tarikh temujanji suntikan vaksin untuk golongan remaja mungkin mengambil masa sedikit kerana pihak berwajib perlu memberi keutamaan kepada golongan berisiko tinggi terlebih dahulu.

2# Cara Daftar Vaksin Remaja – Daftar Sendiri

Status terkini oleh pihak MySejahtera, anak-anak remaja (usia 12-17 tahun) yang mempunyai smartphone sendiri, boleh membuat pendaftaran vaksin bagi pihak diri sendiri. Ibu bapa tidak perlu mendaftar untuk anak-anak.

Langkah dan cara daftar sama seperti pendaftaran untuk orang dewasa. [Baca: Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin]

Di muka pertama, anda perlu memilih COVID-19 Vaccination.

Seterusnya, pilih Vaccine for [nama anda].

Anda perlu mengemaskini butiran pendaftaran, alamat rumah dan info tambahan sekiranya anda mengandung atau sedang menyusukan bayi.

Kemudian, anda hanya perlu menunggu notifikasi tarikh dan tempat sesi vaksinasi anda.

Kita Jaga Kita

Diharap perkongsian cara daftar vaksin untuk anak remaja usia 12-17 tahun ini akan memudahkan urusan anda demi mencapai imuniti kelompak di negara kita.

#kitajagakita

One Reply to “Cara Mudah Daftar Vaksin Untuk Remaja di MySejahtera”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge