vaksin covid

Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19

Orang ramai perlu mendaftarkan sebagai penerima vaksin Covid-19 untuk mengelakkan kesesakan dan pembaziran masa di pusat vaksinasi. Buat masa ini, cara mendaftar penerima vaksin Covid-19 belum lagi dimuktamadkan.

Pendaftaran dijangka dibuka pada Mac 2021. Menurut Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin , pendaftaran sebagai penerima Vaksin Covid-19 berdasarkan konsep sukarela.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai penerima vaksin melalui 5 kaedah di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan . Kerajaan akan memulakan program ini secara tiga fasa iaitu;

  1. Fasa Pertama: Februari hingga April untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan
  2. Fasa Kedua: April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU)
  3. Fasa Ketiga: golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

5 Kaedah Pendaftaran Penerima Vaksin Covid-19

  1. aplikasi MySejahtera
  2. akses laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid19-JKJAV- https://www.vaksincovid.gov.my/
  3. talian hotline (nombor ditetapkan kemudian)
  4. pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta
  5. jika berada di kawasan pedalaman, kerajaan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas

Cara Daftar Penerima Vaksin Covid-19

1# Anda perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera. Pilihan COVID-19 Vaccination akan muncul selepas kemaskini.

2# Anda akan dibawa ke ruangan seperti di bawah. Anda boleh memilih “Vaccine for [nama anda]” untuk meneruskan pendaftaran Program Vaksinasi.

3# Butiran diri anda akan disenaraikan. Semak Nama Penuh, No Kad Pengelanan dan No Telefon sebagai ID MySejahtera anda. Jika semua betul, pilih butang CONFIRM untuk meneruskan pendaftaran.

4# Anda telah selesai mendaftar! Sekarang, anda hanya perlu bersabar dan menunggu giliran untuk Program Vaksinasi ini.

5# Untuk makluman, sekarang sedang berlangsung Program Vaksinasi Fasa Pertama. Fasa ini dikhaskan untuk barisan hadapan (frontliner). Diharap anda bersabar untuk pengumuman fasa seterusnya. #kitajagakita

Umat Islam Tidak Wajar Menolak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Pengambilan vaksin Covid-19 sebagai bentuk pencegahan adalah satu keperluan yang perlu diutamakan, bukan lagi kehendak.

Keperluan ini bukan sekadar kepada individu, malahan kepada masyarakat dunia secara umumnya bagi menjaga maslahah agama.

” Tidak wajar jika umat Islam menolak langkah pencegahan tersebut. – Norsafina Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) “


Sekiranya penularan Covid-19 ini tidak dicegah lebih awal, sesuatu kerosakan akan lebih cepat tersebar dan kesan bahayanya menjadi lebih besar.

Kebimbangan kesan penggunaan vaksin perlu dilihat secara makro untuk jangka masa panjang selari kepentingan maqasid syariah berasaskan lima prinsip iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta sebagai matlamat akhir.

Kerajaan telah memutuskan pengambilan vaksin berasaskan pertimbangan dan penelitian yang sangat mendalam.

Ini berasaskan nas-nas syarak oleh para alim ulama, pakar perubatan serta pihak berkuasa yang berautoriti dalam aspek farmaseutikal dan keselamatan negara.

Isu Kesan Sampingan Vaksin

Kerajaan melalui pakar perubatan dan farmaseutikal telah mengenalpasti tahap kemudaratan akibat kesan sampingan vaksin yang mungkin timbul.

Jika wujud sebarang pertembungan antara maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) seperti dakwaan sesetengah pihak, ia juga telah dipertimbangkan.

Pertimbangan itu berdasarkan bukti saintifik dan nas syarak sebelum sebarang hukum diputuskan seperti mana kaedah fiqhiyah menetapkan bahawa ‘mengelakkan keburukan lebih utama daripada mendapatkan maslahah’.

Begitu juga sekiranya didakwa bertembung dua kemudaratan dalam isu vaksin itu, kaedah fiqhiyah dalam maqasid syariah telah memberi panduan jalan penyelesaian iaitu ‘apabila berlaku pertembungan antara dua keburukan, keburukan yang lebih besar perlu dicegah daripada berlaku dengan menanggung keburukan yang lebih ringan.

Keburukan lebih besar yang dimaksudkan dalam isu Covid-19 ini ialah ancaman kepada nyawa sehingga menyebabkan kematian.

Vaksin Covid-19 Tiba Ahad Ini

Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dijangka tiba di Malaysia pada Ahad, 21 Februari 2021 ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka antara kumpulan pertama yang akan menerima suntikan vaksin.

“Roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari”

Orang ramai diingatkan supaya tidak berlengah untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Pastikan kita hadir pada waktu yang telah ditetapkan, untuk dos pertama dan juga dos kedua kerana apabila diri kita dilindungi, kita juga dapat melindungi yang lain terutama orang yang disayangi.

#kitajagakita

One Reply to “Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid-19”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge