
Pihak Terlibat Perhimpuan Di Dataran Merdeka Akan Dipanggil Polis.
Semua pihak termasuk penganjur yang terlibat akan dipanggil oleh pihak polis kerana menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’. Perhimpunan ini diadakan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka hari ini.
Perhimpunan yang berlangsung secara aman tetap & jelas melanggar peraturan. Perhimpunan ini telah disertai seramai 400 orang peserta. – Ketua Polis Daerah Dang Wangi
“Perhimpunan ini berlangsung dengan aman tetapi polis akan mengambil tindakan susulan kerana ia jelas melanggar Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” kata ACP Mohamad Zainal Abdullah, KPD Dang Wangi di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Dengan situasi pandemik Covid-19 hri ini, sesiapa tidak dibenarkan berhimpun atau terlibat dengan sebarang perhimpunan di mana-mana tempat sama ada bagi aktiviti keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan.
Pada perhimpunan yang tidak pasti mendapat kelulusan mana-mana pihak berkuasa, peserta demo ini telah menyasarkan Dataran Merdeka maka polis telah menghalang mereka memasuki kawasan itu. Mereka berarak sambil membawa sepanduk dengan kata Kerajaan Gagal , PM Letak Jawatan, Lawan dan membawa mayat berkain kapan, simbolik kepada mangsa Covid-19 yang meninggal dunia.
Pihak polis telah memberi masa kepada peserta untuk bersurai sebaik mereka tiba di luar kawasan Dataran Merdeka.
Mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Mohamad Zainal berkata kesemua peserta perhimpunan itu mematuhi SOP memakai pelitup separuh muka tetapi gagal mematuhi penjarakan fizikal.
“Jarak fizikal agar sukar dikawal kerana adakalanya kita terlupa, rapat antara satu sama lain. Tiada sebarang tangkapan dibuat dalam perhimpunan itu,” katanya sambil menambah pihaknya menempatkan seramai 300 pegawai dan anggota polis bagi mengawal perhimpunan itu.
Mengulas sama ada penganjur ada memohon permit kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu, Mohamad Zainal berkata dalam tempoh kawalan pergerakan ketika ini sebarang perhimpunan tidak dibenarkan sama sekali.
Kredit: BERNAMA
Gambar Perhimpunan Keluar Dan Lawan Di Dataran Merdeka





Ramainya nak kena panggil nanti. Dah ada senarai kah
Geng Borak recently posted…GKP 4.0 : Semakan dan Bayaran Geran Khas Prihatin 2021
perhimpunan tanpa permit. perhimpunan haram. melaungkan kerajaan gagal. Soalannya, bagaimana pihak polis nak panggil semua yang datang ke perhimpunan tu? kompaun. heeheee
Geng Borak recently posted…Bayaran Bantuan Khas Covid 19 (BKC) Bermula Ogos 2021