
Cara Ganti MyKad Dalam Tempoh 30 Minit
Kad pengenalan diri atau MyKad sememangnya menjadi dokumen pengenalan diri yang penting terutama ketika berurusan dengan pihak bank atau pejabat kerajaan.
Kehilangan MyKad akan menjadi masalah dan ianya perlu segera dilaporkan kehilangan dan menggantikannya dengan MyKad yang baru, sekiranya perlu.
Ganti MyKad Dalam Tempoh 30 Minit
Kebiasaannya, proses penggantian MyKad memakan masa 3 bulan bagi permohonan yang mempunyai masalah seperti cap jari rosak atau cip rosak. Ia termasuklah permohonan penggantian MyKad yang hilang.
Bagi permohonan gantian MyKad yang tidak bermasalah, kini, ianya boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja. Syaratnya ialah anda perlu ke pejabat Jabatan Pendaftara Negara (JPN) yang disenaraikan di bawah ini.

Untuk makluman, permohonan ini hanya untuk permohonan menggantikan MyKad yang hilang.
Bagi permohonan sijil surat kelahiran , anda perlu menempah slot di website JPN untuk tarikh & waktu temujanji.
Baca Juga: Cara Mudah Daftar Sijil Kelahiran