cara dapat vaksin

Semak PPV Terpilih Untuk Vaksinasi Secara Walk-In

Ini berita baik untuk mereka yang masih belum mendapat temujanji untuk divaksin. Bagi warga negara Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai penyakit komorbid, bolehlah ‘walk-in’ ke mana-mana PPV yang disenaraikan di bawah, bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos untuk mendapatkan vaksin Covid-19 anda.

Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, bolehlah ke PPV berdekatan untuk mendapatkan vaksin bermula 5 Ogos sehingga 22 Ogos 2021.

Bagi warga asing yang berumur 40 tahun ke atas serta mempunyai sejarah penyakit komorbid, vaksinasi secara ‘walk-in’ dibuka bermula 9 Ogos hingga 11 Ogos.

Bagi warga asing yang berusia 18 tahun ke atas pula boleh mendapatkan suntikan secara ‘walk-in’ bermula 12 Ogos hingga 22 Ogos.

Pemberian vaksin melalui Walk-in bermula pada jam 2 petang, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.

Semak Senarai PPV ‘walk-in’ di Lembah Klang:

Warganegara (2 Ogos – 22 Ogos)

  1. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO F
  2. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO G
  3. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO H
  4. Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)
  5. Hotel Wyndham, Klang
  6. Dewan TAR Sabak Bernam
  7. Dewan Komuniti Serendah
  8. Movenpick Hotel & Convention Center KLIA, Sepang
  9. Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (IDCC)

Bukan Warganegara (9 Ogos – 22 Ogos)

1. Stadium Nasional Bukit Jalil

Dokumen Yang Diperlukan

Setiap individu perlu membawa dokumen sepert alamat yang tertera pada kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja atau kad pelajar dan sebagainya sebagai bukti pemastautin di Lembah Klang.

Mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid mesti membawa surat doktor atau dokumen berkaitan untuk mengesahkan sejarah kesihatan masing-masing.

Langkah kerajaan membuka peluang mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ harus dipuji kerana memudahkan masyarakat.

Leave a Reply