
Hibah Takaful Hak Mutlak Penerima
Beberapa bulan lepas, isu sijil takaful hayat yang dihibahkan dicabar di mahkamah jadi tular.
Ramai panik.
Ada yang terus buat keputusan drastik sampai sanggup batalkan sijil takaful hayat sendiri.
Masa tu, saya tulis satu perkongsian panjang, kongsi dari sudut perspektif yang berbeza.
Hakikatnya, bukan lah takaful yang dihibahkan itu automatik gagal bila dicabar.
Dalam kes tersebut, cabaran timbul sebab isu teknikal — dari segi dokumentasi, komunikasi antara waris, dan proses pelaksanaan yang kurang kemas.
Alhamdulillah, kes tersebut dah selesai.
Mahkamah dah pun memutuskan bahawa isteri adalah penerima sah takaful hayat yang dihibahkan, bukan ahli keluarga lain yang cuba mencabar.
Tapi yang lebih penting dari keputusan itu ialah reaksi kita.
Bila berlaku satu kes terpencil,
Ramai cepat panik,
Hilang keyakinan,
Terus batalkan sijil perlindungan — tanpa semak atau faham dulu keseluruhan situasi.
Sedangkan, kalau kita betul-betul faham konsep perlindungan dan perancangan legasi, kita tahu:
Takaful hayat adalah instrumen yang cepat, tunai, dan efisien bila berlaku kematian.
Hibah hanya boleh dicabar kalau ada kelemahan dalam struktur atau niat diragui.
Penyelesaian bukan batalkan perlindungan — tapi kemaskan pelaksanaan dan dokumen.
Baru tadi saya jumpa seorang klien bukan berbangsa Melayu.
Masa bentang laporan kewangan, satu benda yang jelas sangat:
Tiada langsung gap dalam perlindungan.
Malah, pampasan hayat dia melebihi keperluan sebenar.
Beza sangat bila banding dengan ramai klien saya yang berbangsa Melayu, ramai yang masih kurang perlindungan, malah ada yang langsung tak ada.
Statistik tak menipu:
Penembusan insurans/takaful mengikut kaum di Malaysia:
Cina: 80–90% ada perlindungan hayat
India: 60–70%
Melayu (takaful): ~20%
Maksudnya, daripada 10 orang Cina, 9 orang dah ada perlindungan.
Tapi daripada 10 orang Melayu, hanya 2 je yang ada takaful hayat dan itu pun belum tentu cukup.
Saya perasan juga satu lagi trend:
Jarang sangat dengar orang Cina bising kata insurans itu scam.
Tapi bila ada isu kecil tentang takaful, ramai orang Melayu cepat sangat viralkan — siap label “kena tipu”, “duit hangus”, “produk tak patuh syariah”.
Kenapa jadi macam tu?
Sebab mindset berbeza.
Kaum Cina anggap insurans hayat sebagai komponen penting dalam pengurusan kewangan.
Mereka beli bukan sebab disuruh, tapi sebab faham fungsinya — sebagai perlindungan pendapatan, alat pindahan kekayaan, dan warisan yang mudah cair.
Kalau kita? Apa pemahaman kita berkaitan perlindungan yang kita faham? Masih ramai tak faham manfaat produk-produk takaful yang memang direka untuk risiko, bukan pulangan.
Ironinya, kita sanggup bayar RM250–300 sebulan untuk lifestyle, gadget dan langganan hiburan.
Tapi bila minta RM180 untuk takaful hayat RM500,000 (contoh)
ramai kata “mahal”.
Jadi… apa pengajaran dari semua ini?
Takaful hayat yang dihibahkan masih sah di sisi undang-undang, jika dibuat dengan betul.
Pastikan semua dokumen lengkap, wakil jelas, dan niat diwartakan dengan baik.
Jangan buat keputusan kewangan berdasarkan panik.
Isu dicabar bukan sebab produk salah, tapi kerana pelaksanaan longgar.
Kita kena utamakan tanggungjawab, bukan sentimen.
Kalau bangsa lain sanggup ‘over-insured’, kenapa kita masih ‘under-insured’?
Jangan terus label sesuatu sebagai scam hanya kerana kita tak faham.
Kematangan kewangan datang daripada ilmu — bukan ikut viral.
Kita sering tanya:
“Berapa saya nak tinggalkan untuk keluarga kalau saya tiada?”
Tapi soalan yang lebih tepat ialah:
“Adakah saya tinggalkan beban, atau saya tinggalkan permulaan yang bermakna?”
Takaful hayat bukan untuk orang lain. Ia refleksi tanggungjawab dan kasih sayang kita — sebelum segalanya terlambat