Site icon Lima Minit

PKP Berperingkat. Ulasan DS Najib Ini Sangat Bijak.

perintah kawalan pergerakan bersyarat

Belum pun reda kejutan tentang Moratorium untuk pinjaman sewabeli kenderaan semalam, hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, TS Muhyiddin tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selaras dengan pengumuman ini, sektor-sektor ekonomi kebanyakan akan dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei, Isnin ini.

Ada yang bertepuk tangan, ada yang terkejut. Rata-rata masih belum bersedia dari segi mental dan fizikal selepas PKP diumumkan bersambung sehingga ke Fasa-4 dan akan tamat pada 12 Mei 2020 ini.

Kami sempat menjenguk seketika ulasan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak di Facebook beliau. Kami salin & tampal di bawah ini untuk difikirkan bersama:

Image via Kekandamemey

Hari ini negara kita rekodkan 69 kes Covid baru di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pesakit sembuh.

Ini bermakna 57 adalah jangkitan dalam negara akibat penularan virus Covid yang masih merebak dalam masyarakat tempatan.

Angka yang meningkat sejak beberapa hari lalu.

Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?

Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur ansur. Tak perlu gelojoh sangat.

Janganlah sekaligus. Nanti susah nak kawal.

Bila kita buat sekaligus macam ini, ia akan beri risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan kita. Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dan jumlah yang ramai? Kanada dan Jepun sudahpun berlaku apabila mereka longgarkan lockdown, kes jangkitan meningkat mendadak.

Dan jikapun nak buka semula, beritahulah awal-awal supaya kita boleh membuat persediaan yang lebih teratur.

Ini hari Jumaat beritahu, hari Isnin depan dah perlu kerja. Pulak tu, hari ini adalah hari kelepasan am. Mahu kelam kabut dibuatnya. Perancangan kena betul kerana ia melibatkan rakyat.

Apa kata minggu depan bermula 4 Mei dikira sebagai tempoh persediaan untuk membuka sahaja?

Sebagai contoh, pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja. Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur.

Selepas itu, 11 Mei baru restoran boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan?

Gunakan tempoh satu minggu ini juga untuk ajar Rakyat bagaimana nak amalkan SOP social distancing dan menyesuaikan diri semasa di tempat-tempat umum. Bagaimana nak makan berasingan dalam restoran. Bagaimana nak beratur semasa membayar kat kaunter atau naik bas. Cara untuk duduk dalam pengangkutan awam. Kenapa perlunya pelanggan memberi nama, alamat dan nombor telefon untuk tujuan contact tracing.

Perlu dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak seperti ini.

Kredit: FB Najib Razak

Aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Memetik kenyataan itu, senarai aktiviti di bawah tidak dibenarkan berdasarkan beberapa justifikasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Antaranya:

Bagaimanapun, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan pembukaan sektor ekonomi dalam senarai di bawah dibuat secara berfasa, bergantung kepada keadaan kesihatan semasa dan ketersediaan perniagaan.

1. Hiburan dan Riadah

2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

3. Persidangangan dan Pameran

4. Pendidikan

5. Sukan

6. Aktiviti Sosial

7. Pengangkutan

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman

9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor)

10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi

15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

17. Pengurusan Perhutanan

18. Perlombongan dan Pengkuarian 

19. Perladangan dan Pertanian

20. Perikanan

21. Seni Kreatif

22. Kebudayaan dan Kesenian

23. Pelancongan dan Perhotelan

Ada 9 SOP perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna semasa PKPB dan hari-hari seterusnya:

1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitiser

3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask)

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis

5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU

6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial

8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online)

9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

Exit mobile version