aktiviti semasa PKP 2.0

Apa Yang Boleh Dilakukan Dan Tidak Boleh Dilakukan Semasa PKP 2.0 (SOP PKP)

Malaysia telah memasuki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) bermula Rabu 13 Januari 2021 12.01 pagi sehingga 26 Januari 2021. Perdana Menteri Malaysia TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penguatkuasaan perintah ini sebagai langkah mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang boleh merencatkan sistem kawalan kesihatan negara.

Baca Juga: Kesan PKP kepada Ekonomi Negara

Terdapat 3 kategori PKP 2.0 kali ini:

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Negeri-negeri yang terlibat dengan PKP 2.0 adalah:

Penang, Selangor,  Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Penduduk di kawasan tersebut DILARANG melakukan:

  1. Rentas negeri dan rentas daerah
  2. Aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai berkumpul beramai-ramai dalam satu-satu masa seperti majlis perkahwinan, konferen, majlis keagamaan semasa Thaipusam nanti, mesyuarat, seminar, kursus dan aktivit bersukan secara berkumpulan.
  3. Pergerakan orang awam hanya dibenarkan dalam radium 10km.
  4. Hanya 2 orang isi rumah dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan harian dan berada di dalam kenderaan dalam satu-satu masa. Denda RM1000 dikenakan jika ingkat arahan ini.
  5. Hanya 5 SERVIS PENTING EKONOMI dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP 2.0 iaitu pengilangan, pembinaan, perkhidmatan, trading dan pengagihan, perladangan dan komoditi. Hanya 30 peratus staff dalam jabatan pengurusan syarikat dibenarkan berada di pejabat. Untuk kumpulan sokongan, bilangan staff yang dibenarkan bergantung kepada kelulusan ketua syarikat.
  6. Sektor dan perkhidmatan yang tiada dalam senarai perlu beroperasi dari rumah.
  7. Restoran, kedai makan dan gerai dibenarkan beroperasi secara bawa pulang (take away).Servis penghantaran makanan dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.
  8. Pasaran, servis kesihatan seperti klinik dan hospital termasuklah bank dibenarkan beroperasi.
  9. Pelajar dan calon peperiksaan penting seperti SPM 2020 & 2021 dibenarkan untuk hadir ke sekolah dengan kawalan SOP yang ketat.
  10. Untuk aktiviti keagamaan, hanya AJK masjid atau riumah ibadat dibenarkan untuk hadir dengan jumlah maksimum seramai 5 orang.
  11. Anda dibenarkan untuk keluar rumah (semua isi rumah) melakukan aktiviti riadah. Jaga penjarakan sosial sejauh 2 meter dari orang lain. Aktiviti berjogging tidak dibenarkan melebihi 2 orang. Aktivit berbasikal tidak dibenarkan secara berkumpulan.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Negeri-negeri yang terlibat dengan PKPB adalah:

Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Penduduk di kawasan tersebut DILARANG melakukan:

  1. Rentas negeri
  2. Aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai berkumpul beramai-ramai dalam satu-satu masa seperti majlis perkahwinan, konferen, majlis keagamaan semasa Thaipusam nanti, mesyuarat, seminar, kursus dan aktivit bersukan secara berkumpulan.
  3. Restoran, kedai makan dan gerai dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kawalan SOP ketat.
  4. Aktiviti keagamaan dibenarkan dengan kehadiran minimum mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Negeri-negeri yang terlibat dengan PKPP adalah:

Perlis and Sarawak

Penduduk di kawasan tersebut DILARANG melakukan:

  1. Rentas negeri
  2. Aktiviti sosial dibenarkan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
  3. Restoran, kedai makan dan gerai dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kawalan SOP ketat.
  4. Aktiviti keagamaan dibenarkan dengan kehadiran minimum mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge