berlari jarak jauh

Kenapa Pelari Maraton Boleh Mati Mengejut?

Sebelum dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19 pada akhir tahun lepas, aktiviti berlari jarak jauh atau maraton menjadi pilihan ramai. Bukan sahaja di Malaysia, malahan rakyat dunia juga memilih aktiviti berlari sebagai satu cara mengeluarkan peluh untuk hidup lebih sihat.

Ada individu yang boleh berlari sehingga 45 kilometer dalam satu hari. Ada berpendapat, berlari adalah satu aktiviti yang sihat. Berlari juga antara salah satu cara kuruskan badan dengan cepat dan selamat.

Namun, tidak ramai yang tahu kesan buruk jika aktiviti ini dilakukan tanpa perancangan yang betul.

Jom kami kongsikan beberapa fakta tentang aktiviti berlari:

Berlari Boleh Tingkatkan Risiko Serangan Jantung

1. Kajian menunjukkan bahawa orang yang berlari lebih dari 32 km seminggu, atau dengan kecepatan rata-rata 12 km/j atau lebih cepat cenderung mempunyai jangka hayat yang lebih pendek daripada mereka yang berlari lebih lambat dalam jarak yang lebih pendek.”

2. Kajian terhadap 10.9 juta pelari maraton mendedahkan bahawa 59 pelari maraton mengalami serangan jantung sama ada semasa berlari atau dalam satu jam selepas larian mereka dan dicatatkan 42 pelari daripadanya boleh meninggal dunia (bersamaan kadar kematian adalah 1 per 259,000 peserta.)

3. Di Kongres Kardiovaskular Kanada Montreal, doktor menyimpulkan bahawa “senaman berkala boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular’’.

4. Tetapi para pakar menambahkan bahawa “latihan extreme yang dilakukan semasa berlari lama atau marathon sebenarnya telah meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 7 kali ganda“!!😲

Kenapa pelari maraton boleh mati mengejut disebabkan serangan jantung?

Baca Juga: 7 Khasiat Petai

Kajian mendapati pelari maraton ;

1. Menyebabkan peningkatan abnormal enzim troponin (enzim yg dihasilkan oleh dinding otot jantung bertujuan untuk mengawal fungsi kontraksi otot-otot jantung) yang timbul ketika jantung dalam keadaan tertekan dan tidak mendapat cukup darah.

2. Terjadi penumpukan asid laktik dalam darah semasa larian mencetuskan irama jantung yang tidak normal dan juga keletihan.

3. Dehidrasi

4. Heat stroke – suhu melampau meningkatkan risiko berlakunya serangan jantung. 5. Sebab lain termasuk masalah jantung yang tidak didiagnosis6. Mempunyai sebarang masalah jantung lain sebelumnya.

Bersenam sangat digalakkan dan berlari tidak dihalang tetapi pastikan anda periksa dahulu kemampuan badan anda sesuai atau tidak melakukan larian jauh.

Cara Ukur Kemampuan Badan Sebelum Berlari Jauh.

1. Dapatkan ujian darah kolesterol.

2. Kemudian periksa ECG untuk kenal pasti ada masalah pada irama jantung atau masalah lain yang boleh dideteksi dari ECG

3. Jika pemeriksaan badan didapati ada bunyi jantung tidak normal atau “murmur”, maka pemeriksaan ECHO wajib untuk mereka dan beberapa ujian lain.

***Ekokardiogram (Echo) dapat mengesan 75 % murmur jantung yang boleh menyebabkan penyakit jantung dengan potensi untuk membunuh pelari tanpa AMARAN /GEJALA. .

“Doktor, ajal maut ditangan Allah…”

“Betul, tiada siapa tahu bila dan siapa yang mati dahulu. Ikthiar itu penting.”

Jangan menganggap badan kita kurus, kita amalkan gaya “hidup sihat” kita sebenarnya bebas penyakit. Ini salah.

Ada kajian menunjukkan genetik atau keturunan juga menyumbang kepada jumlah kematian serangan jantung di usia muda.

Dr. Arisman, MD

  • “Sama-sama belajar”
  • Medical mythbusters malaysia

Sumber:

https://www.forbes.com/…/why-do-healthy-people-die…/https://www.runsociety.com/…/fit-runners-suddenly-die…/

4 Replies to “Kenapa Pelari Maraton Boleh Mati Mengejut?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge