
Ebit Lew Boleh Didenda RM100 Ribu Atau 3 Tahun Penjara
Ebit Lew Perlu Hentikan Bantuan Atau Didenda RM100 Ribu / Penjara 3 tahun
Figura ini diibaratkan ‘superhero’ bagi kebanyakan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan terutama dalam situasa kemelestan ekonomi akibat pandemik. Bantuan demi bantuan tanpa mengira warna kulit atau agama amat menyenyangkan hati ramai pihak.
Namun, ada juga pihak yang tidak senang melihat si pemurah hati ini melakukan ‘aktiviti baik’ yang langsung tidak berpaksikan politik atau hal lain.
Baca Juga: Tak Mampu Jadi Seperti UEL, Bantualah setakat Termampu
Siapa sangka bantuan yang dihulurkan kepada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna adalah TIDAK DIBENARKAN dan beliau diminta untuk berhenti memberi bantuan. Jika ingkar, figura ini atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew boleh didenda sehingga RM100 Ribu atau 3 tahun penjara.

“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan” – Ebit Lew.
Ebit Lew Dah Beli Kayu-kayu Untuk Bina Sekolah
Kongsi Ustaz Ebit Lew, beliau sudah membeli kayu-kayu untuk pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat. Beliau turut mengumpul 7 orang guru untuk mendidik anak-anak di Pulau-pulau di Semporna.
Ramai yang menangis sedih termasuk anggota yang sepatutnya membawa Ustaz Ebit Lew & tim ke Pulau-pulau di sana.
“Saya sangat terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. “
Ebit Lew Teruskan Perjuangan
Menurut Ustaz Ebit Lew, beliau tidak berkecil hati dan perjuangan perlu diteruskan. Beluar seterusnya ke Tawau untuk melakukan sumbangan seperti yang dijanjikan.
“Terima kasih semua, sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” kata UEL, hero di hati rakyat marhaen.
Baca Juga: Pendapatan Ebit Lew Cecah Ratusan Ribu

Biodata Ebit Lew
- Nama Sebenar: Ebit Irawan bin Ibrahim Lew
- Tarikh Lahir: 21 Disember 1984
- Umur: 37 Tahun (2021)
- Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
- Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
- Agama: Islam
- Status : Berkahwin
- Pendidikan :
- SK Bukit Ridan (1991-1996)
- SMK Muadzam Shah (1997-1999)
- SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
- SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas
- Pencapaian :
- Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
- Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
- Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
- Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
- Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
Inilah harga yang mahal untuk jihad fi sabilillah. Usah berhenti Ustaz Ebit Lew. doa kami mengiringi kalian.
Geng Borak recently posted…Ustazah Asma’ Harun Berpesan Tentang Ancaman dan Azab Mencuri Dengar Perbualan Orang
Ebit liew melakukan apa yang disunahkan Rasulullah s w t