kesan vodi19

Kesan Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Covid19 Kepada Ekonomi Dunia.

Segala usaha telah dan sedang dibuat dan dilaksanakan oleh masyarakat dunia untuk menangani penyebaran Covid19. Tiada satu negara pun yang boleh dikatakan tidak terkesan secara langsung atau tidak langsung dari pandemic ini.

Pandemic ini telah mengujudkan rasa takut atau fear kepada semua manusia dari jangkitan makhluk halus Allah ini.

Oleh itu langkah terbaik adalah pengasingan diri sama ada secara sukarela atau secara paksa melalui perintah atau perundangan tertentu. Apa yang saya ingin katakan disini adalah kesan dari rasa takut dan pengasingan ini kepada ekonomi dunia keseluruhannya jika masalah ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau pun paling cepat hingga bulan Ogos ini. 

kesan covid19 kepada ekonomi dunia

Pertama: Work From Home akan bertukar kepada ‘no work stay at home’ (i.e. jobless/retrenchment);

Kedua: operasi syarikat terpaksa ditutup kerana tiada permintaan dari dalam dan luar negara;

Ketiga: tekanan kepada pekerjaan. Pemberhentian terpaksa dibuat. Kos sosial yang lebih tinggi;

Keempat: kos yang tinggi kepada kerajaan untuk menampung keperluan rakyat sedangkan kewangan kerajaan bergantung kepada pendapatan syarikat. IMF menyatakan 88 buah negara telah mengalami krisis kewangan fiscal dan memohon bantuan IMF;

Kelima: hutang rumah (and household debt) tidak dapat dibayar memberi tekanan kepada lenders/banks. Foreclosure tidak dapat dielakan.

Keenam: harga minyak dunia yang jatuh memberi tekanan kepada semua negara pengeluar minyak disebabkan ketamakan OPEC atau tiada permintaan untuk operasi perniagaan;

Ketujuh: snowball effect boleh berlaku kepada semua aktiviti ekonomi di semua negara. US, Europe, China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia akan lebih terkesan. Dan sudah tentu negara-negara yang bergantung kepada ekonomi mereka tersepit lebih teruk lagi. Krisis ini berbeza dengan krisis sebelum-sebelum ini, tahun 2008/09; tahun 1997/98; tahun 86/87, tahun 70an atau tahun 1929 great depression. Semua krisis-krisis ini menyaksikan kejatuhan tetapi kejatuhan kali ini bukan jatuh ditepi jalan (sidewalk) tetapi kejatuhan dari bangunan tinggi. IMF dan World Bank telah menyatakan dunia telah memasuki fasa recession!!!. 

Akhirnya: jika isu ini terus berpanjangan, food crisis and human crisis boleh terjadi. Ramai pakar telah meramalkan akan berlaku krisis makanan (sila google untuk rujukan lanjut). Banyak negara telah menyekat eksport makanan mereka.

food crisis

Ada negara yang membiarkan hasil tanaman tidak dituai disebabkan ketakutan atau fear jangkitan. Oleh itu adalah terbaik untuk sektor pertanian kita diberi kelonggaran khas untuk memulakan aktiviti pengeluaran makanan dengan segera, terutamanya pengeluran kabohiderat.

Langkah ini perlu dimulakan dari sekarang kerana tanaman memerlukan lead time yang agak panjang.

OUR FOOD OUR FUTURE!

So, what should we do now? Sama-sama kita berusaha hentikan virus ini dari merebak, pulih seperti sediakala secepat mungkin. STAY @ HOME. Kita tidak mampu menangani isu ini bersendirian disebabkan ianya isu global dan saling berkaitan.

via Dr.Ismail Bakar (Mantan Ketua Setiausaha Negara ke-14)

18 Replies to “Kesan Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Covid19 Kepada Ekonomi Dunia.”

  1. ada jugak yg ingkar pkp. tak sedar akan kesannya secara panjang, secara global!
    erkara yg di atas semua tu adalah nyata. akan berlaku. tak nak? kena trima hakikat. pkp masuk fasa ke4 pun ramai dah terkesan.

  2. Thanks for the positive vibe sister! I am sure we all gonna make it! Continue to pray and follow the rules of MCO, I am surely this will be healed and be gone by Jesus name.
    We have different religions, but we all have faith.
    God bless you sister.

  3. Ekonomi dunia semua terkesan dengan Covid-19. Tapi yang peliknya harga emas dunia pulak yang naik. Ekonomi nak baik balik selepas Covid-19 ni ambil masa juga kan?

  4. Jadi kita semua sama2 lah beri kerjasama supaya #stayhome dan kurangkn pergerakan semoga pandamik ini dpt dihentikan.

  5. seram bila memikirkan ekonomi dunia. sekarang pun dah ramai yang terkesa, kalau berlanjutan memang lebih parahm dari sekarang kena beringat dah

  6. Gerun bila fikirkan ekonomi selepas Pkp ini.
    Harus bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Kerana kelak, semuanya tidak akan kembali seperti dahulu.

  7. Semoga kita semua bekerjasama menangani wabak ini. Risau sungguh keadaan sekarang. Skrg pun dh rasa kesannya..bayangkan apa akan jadi selepas ni. Bersiap sedialah dn berdoalah byk2 agar semuanya kembali spt sedia kala

  8. Betul. Dlm jangka masa yg pjg nnt akan terkesan teruk juga ekonomi kita. Thats why kalau boleh berjimat la pada perbelanjaan kita. Jgn dpt bantuan kita pegi shopping sakan pula sbb kita tk tahu apa akan tjadi dlm masa 1-2 bln ni.. I hope everyone is wise at financial stake.

  9. Selalu fikir what happen next. Habis PKP nanti macamna. Keadaan dah tak kan sama dengan before Covid19 datang.
    Semoga kita semua kekal tabah dan bersedia dengan situasi akan datang.

  10. Betul, Pendamik ni memberi kesan kepada ekonomi dua, negara, dan masyarakat. Moga usaha kita menangani COVID-19 ini dipermudahkan, dan harap semuanya bakal kembali seperti biasa. Cuma kita sebagai rakyat, harus bersabar dalam menangani isu ini. Moga ada jalan keluar disebalik kesukaran ekonomi kita ni kelak. Seram juga fikir pasal ekonomi ni, tapi itulah yang perlu kita fikir dan titik beratkan.

  11. Bila fikirkan bab ekonomi ni boleh jammed otak.. Hahaha.. Ekonomi jatuh ambil masa juga nak pulih. Semua negara terjejas dan beri kesan jangka masa panjang dalam ekonomi. Jadi, sebagai rakyat Malatsia ikutlah arahan PM stau sahaja di rumah untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ni.

  12. Allahu Saya sepanjang PKP duduk dirumah sahaja sebab takut nak keluar tak nak datangkan punca jangkitan kita bukan perasan apa yang kita buat setiap masa, langkah berjaga-jaga #stayathome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge