bahaya-lelaki-cemburu

Siapa Lelaki Kaki Cemburu Buta?

“Setiap perkara yang awak buat, ke mana awak nak pergi, tolong beritahu saya. Kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu, faham?”

Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui apabila tersilap memilih pasangan. Pasangan kaki cemburu!

Ada yang terpaksa menelan kata-kata kesat dan makian setiap hari. Berpaksikan ‘cemburu tanda sayang’ yang menjadi mangsa terpaksa bersabar. Yang pemangsa, bertindak seolah-olah tiada maaf buatmu.

Namun, cemburu yang keterlaluan pasti mengundang masalah besar. Jadi, kenapa perlu bersabar dan mengorbankan diri demi lelaki seperti ini? Adakah berbaloi? Adakah itu boleh dikatakan cinta sekiranya si dia memperlakukan anda sesuka hati?

Wahai wanita, ayuh kita singkap ciri-ciri lelaki kaki cemburu.

Ciri #1 – Siasat Gerak Geri

Di awal perkenalan, anda ditatangnya bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan dituruti. Namun, sejak kebelakangan ini, ada saja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh, lelaki itu cuba mengawal setiap pergerakan anda. Ke mana, dengan siapa, paling penting, ada atau tidak lelaki bersama anda.

Siasatannya ibarat siasatan oleh seorang pegawai penyiasat. Anda pada pandangan dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.

Ciri #2 – Sentiasa Curiga

Lelaki kaki cemburu akan sentiasa menganggap pasangannya seorang yang curang. Kenapa?

Kerana dia tidak yakin dengan kesetiaan pasangannya. Sukar baginya untuk mempercayai orang lain. Tambahan lagi, bila anda sering diganggu dan kebanyakkan daripada mereka pasti akan terpikat dengan anda. Susah bukan?

Inilah hakikat yang sebenar. Walaupun anda tidak melayan mana-mana lelaki lain, dia tetap merasakan yang anda cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Yang mampu anda lakukan, hanyalah bersabar dan makan hati!

sebab lelaki cemburu

Ciri #3 – Panas Baran

Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa anda perlu tahu tentang ini? Ini kerana anda akan menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Macam mana sifap panas baran ni? Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan?

Inidividu panas baran ni kalau tiba-tiba naik angin, bumi pun boleh terbalik. Betapa kuat marahnya. Panas barannya ukar dikawal dan akibatnya anda yang akan dimarahinya sepuas hati.

image via istock

Ciri #4 – Tidak Pernah Puas

Betul atau tidak dia seperti ini? Oh ye, bukan puas di ranjang ye. Lelaki kaki cemburu tidak pernah puas dengan orang yang disayangi. Ada sahaja kesalahan yang dicari.

Dari sekecil-kecil zarah sehingga ke sebesar-besar zarah. Susah betul hendak puaskan hatinya. Kadang anda terfikir apa salah anda.

Ciri #5 – Mengongkong

Susahnya hidup lelaki cemburu. Kalau tak ada peneman anda akan mencarinya namun bila anda dah dapat lain pula yang jadi.

Bayangkanlah kehidupan anda saat ini telah berubah secara total. Dahulunya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa tapi sekarang tak lagi. Semua aktiviti yang anda lakukan perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Anda tak boleh melakukan perkara tanpa kebenarannya. Seolah-olah berdosa besar. Anda pula harus akur dengan peraturan ciptaanya. Nak tak nak perpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.

Ciri #6 – Mengambil Kesempatan

Ciri utama si lelaki cemburu- mengambil kesempatan di atas kelemahan anda. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada peraturan ciptaanya anda ikut. Tanpa ada bantahan.

Setiap kali keluar, dia pasti memeriksa Whatsapp dan gambar di galeri telefon. Malah dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang anda. Dia bijak bila mana kehormatan anda diragutnya dengan harapan anda tidak boleh lari dan terlepas daripadanya.

Kesimpulan Ciri-ciri Lelaki Cemburu

Cukuplah 6 ciri-ciri lelaki cemburu ini untuk rujukan anda yang sedang mencari pasangan hidup.

Paling penting, jangan terburu-buru mencari pasangan hidup. Periksa dan semak dulu keperibadiannya. Dah yakin, barulah setuju untun menjadi pasangan hidup. Sebab, bukannya sehari dua nak hidup bersama.

Betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge