Bandar Di China Lockdown Kali Kedua Disebabkan Pelajar Pulang Dari U.S!
Sebuah bandar di China, Bandar Harbin telah diistiharkan perintah berkurung atau lockdown sekali lagi disebabkan oleh seorang pelajar wanita yang pulang dari New York, Amerika Syarikat telah menjadi penyebar utama (super spreader) kepada penduduk di bandar itu.
Arahan lockdown ini dikenakan semula selepas negara China telah pun tamat tempoh perintah berkurung selepas bilangan kes positif Covid19 mencatat penurunan yang ketara.
Pelajar yang dikenali sebagai Han tiba di China pada 19 Mac lalu sebelum dikuarantin di rumah (self quatantine).
Namun, ujian saringan Covid19 pada 31 Mac telah menunjukkan keputusan negatif Covid19. Selepas tamat tempoh kuarantin 14 hari, Han telah melakukan ujian saringan dan disahkan negatif. Kesimpulan awal, Han tidak pernah dijangkiti virus yang boleh membawa maut tersebut!
Pelajar yang berusia 22 tahun itu telah memperoleh kebenaran untuk keluar makan bersama keluarga pada 5 April. Han juga telah travel ke Shanghai selama 3 hari.
Tanpa disedari, Han telah menjangkiti Chen, seorang pesakit strok yang dirawat di hospital dan kemudiannya telah menjangkit frontliner hospital yang lain.
Setelah diperiksa, secara tidak sengaja, Chen telah menyebarkan virus tersebut kepada lebih 70 orang.
Dari situasi ini, penduduk bandar Harbin telah diarahakan untuk duduk di rumah masing-masing untuk tempoh masa tertentu. Menurut laporan Beijing Daily, penduduk luar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan bandar Harbin.
Manakala, penduduk bandar Harbin perlu menunjukan kod kesihatan kepada anggota keselamatan bagi membukti tahap kesihatan mereka bebas Covid19, memakai facemask dan suhu badan normal untuk pergerakan keluar-masuk mereka ke bandar Harbin.
Nota Admin: Perintah Kawalan Pergerakan bukan perkara biasa-biasa. Ini adalah asas kawalan penyakit berjangkit yang menentukan rantaian virus dapat dihapus dalam masa yang singkat. Jadi, duduk sahaja di rumah.