Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ditamatkan. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Bermula Pada 10 Jun.

Sedikit berita baik untuk rakyat Malaysia. Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan pada 9 Jun.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Pengumuman ini disampaikan menerusi Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan pada jam 3 petang tadi di saluran utama TV Malaysia.

Fasa Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Bermula Pada 10 Jun.

Kerajaan memulakan Strategi Keluar (Exit Strategy) menerusi fasa pemulihan bermula pada 10 Jun sehingga 31 Ogos.

Dalam fasa PKPP, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat di samping menjalani norma baharu dan SOP yang ditetapkan secara berterusan.

Dibenarkan

  1. Rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  2. Dobi layan diri, penggambaran filem dan mesyuarat.
  3. Perkhidmatan gunting rambut dan salun akan dibenarkan.
  4. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria dibenarkan.
  5. Sambutan Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan
  6. Solat berjemaah di masjid dan aktiviti di rumah ibadah lain dibenarkan mengikut SOP yang dibenarkan.
  7. Sesi persekolahan dibuka secara berperingkat. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.
  8. Aktiviti pelancongan dalam negeri dibenarkan dan digalakkan.

Tidak Dibenarkan

  1. Pertandingan sukan seperti tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki.
  2. Sukan renang masih tidak dibenarkan.
  3. Sempadan negara masih ditutup
  4. Taman tema masih tidak dibenarkan beroperasi.
  5. Pub, kelab malam, pusat refleksologi masih tidak dibenarkan beroperasi.
  6. Kenduri-kendara dan aktiviti rumah terbuka masih tidak dibenarkan.

7 Strategi Pelaksanaan PKPP

  1. Pengukuhan Kesihatan Awam
  2. Perundangan dan Penguatkuasaan
  3. Pengukuhan Kawalan Sempadan
  4. Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
  5. Pembudayaan Kebiasaan Baharu
  6. Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
  7. Perlindungan Golongan Berisiko
perintah kawalan pergerakan

Kronologi Fasa PKP Di Malaysia.

  1. 18 Mac 2020 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.
  2. 1 April 2020 – Fasa Kedua PKP bermula sehingga 14 April 2020.
  3. 15 April 2020 – Fasa Ketiga PKP bermula dari 15 April sehingga 28 April 2020.
  4. 29 April 2020 – Fasa Keempat PKP bermula dari 29 April sehingga 12 Mei 2020
  5. 13 Mei 2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) bermula sehingga 9 Jun 2020.

Terus Amalkan Norma Baharu

Meskipun fasa PKPP diberi kelonggaran dalam banyak perkara; penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

#kitajagakita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge