teks ucapan pelan jana semula ekonomi

Manfaat Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Untuk Rakyat.

Anda boleh membaca Teks Ucapan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di FB Majlin Keselamatan Negara.

Bagi yang berkesempatan mendengar ucapan daripada ‘Abah’ kesayangan, pasti ramai yang menarik nafas lega dengan bantuan dan sokongan daripada kerajaan.

Tidak dapat dinafikan, kadar pengangguran hari ini semakin meningkat. Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada 14 Mei lepas, hari ini, kadar pengangguran di Malaysia di paras 3.9% atau seramai lebih kurang 610,000 orang. Kadar ini dijangka akan meningkat sehingga 860,000 dalam beberapa bulan akan datang.

Kerajaan memahami rakyat yang risau dan gelisah dengan keadaan ekonomi di masa mendatang. Antara usaha kerajaan yang telah dilaksanakan ialan Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS.

Dalam usaha dan strategi kerajaan menangani wabak Covid-19 kini negara berada di tahap PEMULIHAN (RECOVERY).

Justeru, kerajaan Malaysia memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA) untuk membantu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Alhamdulillah, di dalam pakej terbaru ini, makin ramai yang akan mendapat bantuan dan manfaat.

Untuk lebih lanjut tentang pakej ini, boleh baca perkongsian kami di pautan pertama di atas.

Kami pasti antara isi pati yang menjadi kegemaran rakyat dapat disimpulkan seperti berikut:

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

  1. Program Subsidi Upah dilanjutkan selama 3 bulan lagi.
  2. Program Insentif Pengambilan Pekerja. Dianggarkan seramai 300ribu pencari kerja akan mendapat manfaat.
  3. Kerajaan akan menyokong sepenuhnya pertumbuhan ekonomi GIG.
  4. Kerajaan akan memberi geran kepada pengendali taska mematuhi pelaksaan SOP yang ditetapkan. Ebaucer akan disediakan untuk tempahan perkhidmatan pengasuh kanak-kanak secara online.
  5. Program My30. Pas perjalanan bulanan pengangkutan awam 6 Bulan dengan bayaran RM30 sahaja.
  6. Internet percuma (dari jam 8 pagi sehingga 6 petang) sehingga 31 Dis 2020
  7. Bantuan one off sebanyak RM300 OKU dan Ibu tunggal
  8. Skim PEKA40 ditambah peruntukan untuk membiayaai saringan kesihatan.
  9. Kempen Shop Malaysia Online – kod promosi & pelbagai baucar diskaun akan diberi di platform e-dagang.
  10. Kerajaan akan mengkreditkan RM 50 dalam e wallet pengguna dengan peruntukan RM 750 juta bermula Julai 2020.
  11. Pengecualian cukai jualan 100% penumpang kereta tempatan
  12. Sifar cukai 10-15 tahun pindah lokasi perniagaan luar negara ke dalam Malaysia. 
  13. PENGECUALIAN CUKAI Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021 terhad kepada 3 buah rumah setiap individu.
  14. Pengecualian duti setem untuk pembelian rumah kediaman bernilai antara RM 300,000 hingga RM 2.5 juta. Ia bagi perjanjian jualbeli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021.
  15. Had pinjaman untuk rumah ketiga dan seterusnya bagi nilai RM 600,000 ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70% nilai sepanjang tempoh kempen pemilikan rumah.
  16. Pelepasan cukai individu sehingga RM 1000 untuk belanja melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. 
  17. Industri kreatif, hiburan dan acara dijana semula dengan peruntukan RM 225 juta melalui MDEC dan MyCreative Ventures.
  18. Harga kereta lebih rendah sehingga 31 Disember ini kerana kerajaan telah memberi pengecualian 100% cukai jualan untuk pemasangan tempatan dan 50% untuk kereta yang diimport.
  19. Pinjaman Dana Agrofood diperuntukkan sejumlah RM350 juta untuk industri pertanian dan makanan.
  20. Untuk pengilang, pemilik ladang dan kebun sawit, mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020 duti eksport kini dikecualikan 100%, moga ini boleh beri kesan kepada harga komoditi ini nanti.

Dah teliti dan fahami mana satu insentif yang boleh anda perolehi dan nikmati? Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge